Abam Sedih Kritikan Ogy Ahmad Daud

Pelawak Abam (Bocey) meluahkan rasa terkilan ekoran menerima kritikan pedas daripada Fauziah Ahmad Daud @ Kak Ogy yang bertindak selaku juri tetap program realiti Que Putih Bintang Bersama Bintang, mengenai persembahan pada malam Ahad lalu.

 

Kata Pelawak Paling Popular ABP2014 ini, dia tidak kisah jika ada pihak yang mahu memberi komen atau kritikan terhadapanya kerana apa yang penting dia sudah menjalankan tanggungjawab menghiburkan penonton. Namun Abam seolah kurang senang dengan komen Kak Ogy yang disifat seperti sengaja menjatuhkan air mukanya.

 

“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”

 

“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” komen Ogy pada malam tersebut.

 

Luahan tersebut khabarnya disuarakan kerana Ogy selaku juri telah memberikan kritikan tajam mengenai kumpulan Bocik yang menjadikan Abam sebagai objek jenaka dan turut memberitahu jika mereka menang adalah atas Abam sendiri dan bukannya di atas kehebatan persembahan.

 

“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” luah Abam di laman Instagram miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.