Tiz Zaqyah Sekat Pengikut di Instagram Kerana Komen Berbaur Lucah

Aktres pujaan ramai Tiz Zaqyah mendedahkan dia pernah menerima komen-komen berbaur lucah daripada beberapa peminat menerusi laman Instagram miliknya.

Bengang dan risau akan tindakan peminat-peminat tersebut yang disifatkannya sebagai kurang siuman, Tiz berkata, dengan serta merta dia terus menyekat (block) individu-individu berkenaan.

“Tak dinafi kadang kala saya naik angin juga bila ada pengikut di Instagram memberikan komen–komen yang negatif hingga ke tahap melampau. Apa yang saya buat, saya tidak melayan komen-komen itu. Kalau saya rasa komen tersebut mengganggu saya, saya akan padamkan terus.

“Tapi kadang-kadang, ada juga dikalangan mereka yang berperangai seperti orang gila menerusi komen-komen mereka. Sebab ada tu sampai ke tahap komen yang berbaur lucah dan tidak sepatutnya. Rasanya bukan saya sorang saja artis yang menerima nasib sebegitu, ramai lagi. Tapi kalau yang jenis pengikut begitu, tak dinafi memang saya naik angin dan terus block dia dari Instagram saya”, katanya Tiz Zaqyah ketika ditemui pada sidang media drama bersiri terbaru saluran Astro, Kusinero Cinta bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, semalam.

Tiz berkata demikian ketika ditanya media bagaimana dia berdepan dengan pelbagai komen-komen terutama komen negatif pengikut-pengikutnya di laman Instagram setiap kali dia memuat naik gambar menunjukkan ativiti seni atau apa saja aktiviti di masa lapang.

Walaupun bergelar artis, Kata Tiz, juga sama seperti orang lain yang mahu berkongsi apa saja aktiviti atau perkara yang menarik yang dilakukannya selagi dirasakan apa yang dimuat naik itu tidak kelihatan melampaui batas atau boleh mencertuskan apa-apa kontroversi.

Malahan akui pelakon yang mula popular menerusi drama ‘Nur Kasih’ itu dia kini semakin terbuka untuk berkongsi mengenai hal peribadinya di laman sosialnya itu.

“Saya hanya jadi diri saya. Peminat-peminat suka dengan lakonan saya dan saya hargai mereka. Tapi saya juga mahu mereka tahu yang ada masanya saya juga ada sisi lain saya yang bukan sebagai seorang pelakon tetapi sebagai manusia biasa. Saya akan kongsi apa saja perkara bila saya rasa ianya wajar dikongsi kepada peminat saya.

“Sama lah kalau saya kongsikan momen bersama teman lelaki saya, saya rasa perkara yang baik buat apa nak disorokkan. Lagipun saya rasa lebih lega bila berterus terang (sudah punya kekasih) berbanding dulu nak kena berdolak dalih dan nak sorok-sorok”, tuturnya sambil tersenyum.

Terlanjur menyebut mengenai kekasihnya, Tiz tak terlepas dari tanya tentang perancangan masa depannya bersama jejaka yang dikenali sebagai Daniel Haziq itu.

“Naluri seorang perempuan, mesti nak kahwin kan.. Tapi buat masa kami belum ke arah itu lagi. Dan yang pasti bukan tahun ini. Takkan sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya sekarang”, katanya yang memengang watak sebagai Edrinna dalam drama ‘Kuseniro Cinta’.

Bakal ditayangkan mulai 26 Mei 2014 di saluran Mustika HD, drama 60 episod itu turut menampilkan dengan dua hero pujaan ramai iaitu Aaron Aziz dan aktor popular kelahiran Filipina, Jericho Rosales.

Diarahkan oleh Feroz Khan, drama tersebut mengisahkan perjalanan hidup dua sahabat baik Fredo dan Izmir yang mengejar cita-cita menjadi Chef terkenal. Kedua-dua sahabat ini dibantu oleh rakan akrab mereka, Edrinna yang kemudiannya jatuh cinta dengan salah seorang daripadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.