Terkini:Calon PRK Bukit Gelugor Dilanggar Kereta Guan Eng

Pada 20 mei 2014, bertempat di jalanraya lebuh pantai jam 1.55 petang hingga 2.20 petang, Abu Backer Sideq – calon bebas P.51 bukit gelugor didakwa bertindak menghalang kenderaan rasmi ketua menteri keluar dari pagar Dewan Undangan Negeri P.Pinang.

Abu Backer sebenarnya mahu berjumpa dengan Lim Guan Eng bagi menyampaikan satu surat jemputan tetapi dihalang masuk sedangkan calon DAP iaitu Ramkarpal dibiarkan masuk sewenang-wenangnya.

Tindakan Abu Backer yang melawan ketika dihalang masuk ke dewan DUN tersebut mengundang kekecohan apabila pihak keselamatan DUN bertindak menarik dan menghalang Abu Backer sehingga beliau terjatuh.

Abu Backer juga bertindak menghampiri kenderaan rasmi Lim Guan Eng dan terjatuh ke jalanraya apabila dihalang oleh pihak pengawal KM seterusnya beliau mendakwa mengalami kecederaan.

Pada jam 2.30, Abu Backer telah di bawa ke hospital Pulau Pinang menggunakan ambulan hospital tersebut dan keadaan dihadapan bangunan DUN telah kembali tenang.-UtaraNews.com – 

 

 

 

unnamed (4)

unnamed (3)

unnamed (5)

One thought on “Terkini:Calon PRK Bukit Gelugor Dilanggar Kereta Guan Eng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.