Terbuang Di Rumah Sendiri

Sik – Kehidupan sebuah keluarga di daerah ini ibarat berada dalam ‘neraka dunia’ berikutan terpaksa menerima ancaman termasuk ugutan bunuh daripada salah seorang ahli keluarga mereka tanpa diketahui puncanya sejak lebih sebulan lalu.

Akibat itu, kehidupan enam beranak termasuk ibu mereka kini hidup dalam ketakutan sehingga terpaksa menjadi ‘pelarian’ berikutan pernah diugut dengan parang oleh lelaki berusia 30-an terbabit yang baru dibebaskan dari Penjara Alor Setar, baru-baru ini

Abang kepada lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Abdul, 58, berkata, mereka sekeluarga tidak tahan dengan sikap adik bongsunya dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera sebelum berlaku pertumpahan darah kerana tindakannya yang suka mengamuk.

Menurutnya, dia terpaksa membawa ibunya berusia 80 tahun ke rumah adik-beradik lain sejak sebulan lalu kerana bimbang lelaki itu mengamuk berikutan dia pernah mengugut mahu membunuh mereka termasuk ibu kandung sendiri dengan parang.

“Kami sudah tidak tahan dengan perangainya yang suka mengamuk dan mengugut akan membunuh kami semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.