Shira Alami Pendarahan di Belakang Kepala Akibat Terjatuh

Pelakon juga penyampai radio Ultra.FM, Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa dengan panggilan Shira mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala akibat terjatuh sewaktu menjayakan sebuah penggambaran game show.

Kejadian tersebut berlaku semalam sewaktu penggambaran diadakan di sekitar kawasan tempat kerjanya.

Menurut Shira, sewaktu kejadian dia yang sedang yang berlari mahu mengelak sebuah kereta. Tiba-tiba dirinya hilang kawalan dan terus terjatuh.

“Saya jalani penggambaran satu program game show. Pada waktu tu memerlukan saya berlari. Entah macam mana saya nak elak kereta, dalam sekelip mata saya jatuh terletang. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku.

“Semasa jatuh tu saya masih sedar lagi. Tapi dalam masa beberapa minit tu saya terus tak ingat apa-apa. Sampai di hospital baru saya dapat ingat sikit-sikit apa yang berlaku sebelum itu”, kata Shira kepada Malaysian Digest.com ketika dihubungi sebentar tadi.

Kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan dirinya selepas ditimpa malang tersebut.

Semalam, Shira menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan kepala dalam keadaan berbalut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.