Rahib Juliana Lim Meninggal Dunia

SEREMBAN: Rahib Juliana Lim, seorang daripada dua rahib yang cedera diserang dalam kejadian samun di pintu depan Gereja Visitation, Jalan Yam Tuan di sini Rabu lepas, meninggal dunia hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Baharuddin Mustapha yang mengesahkan perkara itu berkata Juliana Lim, 69, meninggal dunia pada 3.25 petang ini, ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Dalam kejadian Rabu lepas, Juliana dan rakannya, rahib Marie Rose Teng, 79, cedera diserang dengan topi keledar dan disamun seorang lelaki pada pukul 6 pagi di pintu depan gereja itu.

Akibat kejadian itu, Juliana mengalami kecederaan parah di kepala dan koma, manakala Marie Rose, cedera ringan di kepala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.