PERKASA Sokong Dyana Sofea Sebagai Calon DAP Di Teluk Intan?

Teluk Intan – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dikatakan bersetuju dengan pendekatan DAP yang cuba mengetengahkan calon Melayu Islam bagi mewakili parti itu di pilihanraya kecil (PRK) Teluk Intan.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya, walaupun Perkasa tidak bersetuju dengan agenda dan matlamat parti itu yang kuat dengan sentimen perkauman namun keputusan untuk memilih Dyana Sofia Mohd Daud dilihat sebagai pilihan yang tepat.

“Semua tahu, pemilihan Dyana sebagai ‘calon boneka’ disamping merupakan agenda serampang dua mata DAP.

“Tapi setidak-tidaknya mereka meletakkan calon Melayu yang beragama Islam, walaupun apa pun yang berlaku Perkasa yakin Dyana tidak akan sesekali mengkhianti amanah dan kepercayaan orang Melayu yang akan mengundi beliau.” menurutnya kepada wartawan Suara.Tv sebentar tadi.

Beliau berkata, kepimpinan tertinggi NGO Melayu dikatakan akan membuat kenyataan rasmi beberapa hari lagi bagi menyatakan sokongan dan ucapan terima kasih kepada DAP kerana meletakkan calon Dyana.

“Pertama, DAP yakin dengan sokongan kaum Cina mereka mampu mengekalkan kemenangan di Teluk Intan sekaligus memancing orang Melayu agar tidak terlalu fobia dengan parti itu” katanya lagi.

Pihak kami cuba menghubungi barisan kepimpinan tertinggi Perkasa bagi mendapatkan pengesahan, namun gagal.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa,410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir luar negara layak mengundi pada PRK itu.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah Leong Peng memperoleh 27,399 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong (20,086 undi) dan calon bebas Moralingam Kannan (279 undi) dengan majoriti 7,313 undi.

3 thoughts on “PERKASA Sokong Dyana Sofea Sebagai Calon DAP Di Teluk Intan?

  • May 20, 2014 at 11:01 pm
    Permalink

    PERKASA jika engkau kata bolih engkau mampu mengubahnya
    …jika engkau kata berani engkau mampu menghadapinya
    …jika engkau kata gagah engkau mampu merobohnya… …tembok-tembok yang memisahkan setiakawan
    …jaring-jaring yang memerangkap keadilan
    …jebak yang mempenjarakan kebenaran
    …PERKASA langkahmu melakar perpaduan insan.

    Reply
  • May 21, 2014 at 9:01 pm
    Permalink

    and… That’s why they called him ‘KATAK’.. Do you feel me?

    Reply
  • May 21, 2014 at 10:35 pm
    Permalink

    Namun, jika dilihat dari sudut lain, Ia bukanlah perihal perkasa dan dyana.
    Ini hal Ibrahim Ali lawan KJ. Ibrahim ali kita dh tau, orgnya ego yang kuat berdendam. Tengok saja mcmana reaksi beliau dengan DSAI.

    KJ pernah merosakkan imej ibrahim ali. Nampaknya peluang balas dendam kini terbentang didepan mata bila kenyataan KJ dibidas pedas oleh Dyana. Inilah masa Ibrahim nak tambah garam pada luka KJ. Politik Ibrahim Ali style..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.