Pengemis Profesional Dikehendaki

Chengdu – Seorang lelaki dilihat berkeliaran bandar Dazhou dan menimbulkan kehairanan apabila dia dilaporkan mencari sesiapa yang berminat untuk belajar mengemis.

Untuk menarik perhatian perantis, lelaki terbabit turut menawarkan kemudahan bilik penginapan dan bonus tahunan.

Beberapa gambar dimuat naik di Internet menunjukkan lelaki terbabit berbaring di jalan bersama papan tanda bertulis: “Merekrut pengemis profesional.” Dia juga menceritakan pengalamannya di papan tanda berkenaan.

“Saya menamatkan pengajian di pusat latihan profesional di Shanghai pada 2011. Sejak itu saya mengemis secara solo dan kini saya mencari rakan sekerja untuk mengemis di seluruh negara,” tulisnya.

Beberapa lagi jurulatih pengemis turut dilihat mencari “pelajar baru” di sekitar wilayah Sichuan dengan menawarkan makanan dan tempat tinggal serta bonus akhir tahun. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.