Melaka:Pelancong Disamun,Dibelasah

MELAKA – Keseronokan percutian suami isteri dari Fujian, China ke negeri ini bertukar ngeri apabila mereka menjadi mangsa samun dan dibelasah kumpulan penjenayah itu dalam kejadian di Jalan Hang Kasturi, Banda Hilir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 6 pagi, Lin Jin Kun, 47, cedera parah di kepala dan bahu kiri tetapi isterinya Lin Qin Qing, 52, tidak cedera.

Cerita Qin Qing, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan suami mengayuh basikal secara berasingan di Jalan Hang Kasturi untuk menuju ke sebuah tokong di situ.

Semasa melalui jalan itu tiba-tiba datang 3 buah motorsikal yang dinaiki oleh 6 lelaki yang memakai topi keledar menutup muka.Tidak sedap hati dengan gelagat 6 lelaki itu,saya dan suami meninggalkan basikal dan terus lari,”katanya ketika ditemui disebuah Hospital di bandar Melaka semalam.

Bagaimanapun 3 lelaki mengejar mereka dengan salah seorang membawa sebatang besi manakala 3 lagi ekori dengan motorsikar dua suspek yang mengejarnya kemudiannya memukul Jin Kun sebelum merampas wang tunai sebanyak RM300 dari dalam poket seluar mangsa itu.Qing-Qing memberi tahu dia hanya menyedari suamainya dipukul selepas menoleh kebelakang dan nampak suaminya mengerang kesakitan.

Saya kemudianya menjerit sekuat hati dan nasib baik ada beberapa orang awam datang membantu dan menyebabkan kesemua lelakai itu melarikan diri.

Qing Qing dan suaminya kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan dan sehingga semalam suami Qing Qing yang cedera dikepala masih ditahan di wad dan perlu menjalani pembedahan dibahagian bahu akibat kecederaan yang dialaminya.

Timbalan Ketua Polis Negeri,Datuk Shah Gzali Khan Sahadat mengesahkan kejadian tersebut dan polis masih memburu keenam-enam suspek yang melakukan jenayah itu

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.