Koperal Polis Dirempuh Kereta Pendatang Asing

NIBONG TEBAL – Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera selepas motosikal ditunggangi ketika membuat rondaan cegah jenayah di sini sengaja dilanggar sebuah kereta dinaiki tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.

Semasa kejadian pada pukul 10.20 malam kelmarin itu, Koperal M. Kesawan, 43, sedang melakukan tugas rutin dengan dua lagi anggota polis lain di Taman Bukit Panchor di sini.

Tindakan warga asing itu menyebabkan, Kesawan tercampak di atas jalan dan menyebabkan dia mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan sebelah kaki kiri. Bagaimanapun, dua lagi rakan Kesawan tidak cedera.

Keua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri,Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata,sebelum kejadian Kesawan dan dua rakannya terserempak dengan sebuah kereta proton Saga yang dinaik tiga lelaki Myanmar yang dilihat berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Menurut beliau.Kesawan cuba menahan kereta tersebut bagi tujuan pemeriksaan tetapi pemandu kereta itu tidak menghiraukan arahan mangsa lalu terus memecut laju kekawasan taman perumahan.

Dalam usaha menahan kereta itu bagi tujuan pemeriksaan Kesawan cuba memintas kereta tersebut, manakala dua lagi rakan Kesawan mengekori kenderaan itu.Selepas berjaya memintas kereta itu,Kesawan yang masih berada diatas motorsikkal secara tiba-tiba dirempoh oleh kereta yang dinaiki warga asing itu menyebabkan dia tercampak dan motorsikal diseret sejauh 50 meter.

Mazlan berkata ,dua rakan Kesawan melihat tindakan warga asing itu berjaya menahan ketiga-tiga suspek itu.

Siasatan awal polis mendapati ketiga-tiga warga asing itu bekerja sebagai buruh binaan dan memasuki negara ini secara haram.

Kesawan yang betugas di Balai Polis Nibong Tebal dirawat sebagai pesakit luar dihospital Sungai Bakap manakala ketiga-tiga PATI itu direman untuk membantu siasatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.