Kamal Adli Sudah Daftar Kursus Kahwin

Sebelum ini media ada melaporkan, kalau ikut pada perancangan, sekitar tahun ini atau tahu depan, pasangan yang memang sudah sekian lama menjalin cinta, Kamal Adli dan Intan Ladyna, bakal melangsungkan perkahwinan mereka.

Kamal Adli ketika ditemui pada majlis previu filem terbaru lakonannya, ‘Abang Long Fadil’ bertempat di GSC, One Utama, malam tadi berkata, dia dan kekasihnya sudah sedia untuk mengakhiri hubungan cinta mereka ke jinjang pelamin.

Malah Kamal memberitahu, selain hubungan mereka kini seperti biasa, dia bersama Intan telah pun mendaftar kursus perkahwinan, baru-baru ini.

“InsyaAllah, seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini kalau bukan tahun ini, tahun depan kami akan kahwin. Saya pun seperti dah dapat seru ni.

“Persiapan belum lagi tapi saya bersama pasangan saya sudah pun mendaftar kursus nikah. Baru daftar saja…”, Kamal Adli kepada pihak media.

Sementara itu berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang penggambaran ‘Abang Long Fadil’, kata Kamal dia memang sudah lama menantika peluang untuk belakon dalam filem aksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.