Jericho Rosales Tak Takut Hilang Populariti Walaupun Telah Berkahwin

Sejak muncul menerusi drama Filipina yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sekitar tahun sekitar tahun 2002, berjudul ‘Pangako Sa Yo’, sejak itu Jericho Rosales menjadi pujaan ramai peminat tempatan.

Bahkan hingga ke hari ini, sebut saja nama pelakon dan penyanyi berusia 34 tahun ini, dia masih tetap menjadi kegilaan. Buktinya, setiap kali berkunjung ke sini, pasti ada peminat yang menyambut ketibaannya di lapangan terbang. Hal itu turut diakui tuan empunya badan sendiri.

“Saya tahu saya agak popular di sini (senyum). Peminat-peminat saya di Malaysia sangat menakjubkan. Kalau setiap kali saya datang ke sini, mereka pasti sudah menunggu saya di lapangan terbang atau di hotel. Saya sangat hargai sokongan mereka semua”, katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri ‘Kusinero Cinta’ di Hotel The Royale Chulan, semalam.

Walaupun dia kini sudah bergelar suami orang, namun sambutan dan sokongan tidak jemu dari peminat baik di negaranya mahupun di Malaysia membuatkan dia tidak bimbang akan popularitinya meskipun dia sudah berkahwin.

Sebaliknya apa yang lebih dititikberatkan ialah mengenai tawaran berlakon yang akan diambil selepas ini dalam memastikan kelangsungan kariernya.

“Semuanya bergantung pada lakonan saya. Saya juga harus bijak memilih watak-watak yang ditawarkan kepada saya. Tidak kira baik dalam lakonan mahupun nyanyian, saya harus bekerja keras serta ikhlas dalam memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat saya. Soal popular atau tidak lagi selepas berkahwin, saya percaya pada peminat-peminat saya bahwa mereka akan sentiasa berikan sokongan pada saya”, katanya.

Jericho baru saja mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, seorang pengacara dan penulis blog kelahiran Australia dikenali sebagai Kim Jones, pada 1 Mei lalu.

Merancang untuk menimang cahaya dalam masa dua tahun lagi, Jericho memberitahu buat masa ini dia mahu mengisi masa terluangnya dengan pergi berbulan madu bersama isteri tersayang.

“Buat masa ini, masing-masing sibuk dengan kerja. Tapi kami tetap punya waktumenikmati kehidupan sebagai suami isteri.

“Kami juga merancang untuk berbulan madu sebanyak yang mungkin sebelum kami menimang cahaya mata. Untuk sesi pertama kami akan ke beberapa negara Eropah iaitu pada Ogos depan. Kalau sudah ada anak nanti, susah lah hendak berbulan madu kerana terpaksa membawa anak kecil”, ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu menyentuh pula tentang drama ‘Kusinero Cinta’, Jericho berkata dia bertuah dan sangat berbangga apabila diberi kepecayaan buat kali kedua bekerjasama dengan produksi tempatan.

Dalam drama 60 epsiod itu menyaksikan Jericho bergandingan dengan dua pelakon hebat tanah air, Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah.

“Ini merupakan kali kedua saya bekerja dengan produksi Malaysia selepas filem ‘Bilut’. Saya berasa bertuah dan bangga kerana sekali lagi mendapat kepercayaan penggiat drama di sini.

“Selepas menerima tawaran daripada pihak penerbit, saya terus mencari menerusi ‘google’ nama Aaron dan Tiz sebagai persediaan sebelum memulakan penggambaran. Sepanjang penggambaran kami enoy dan tidak mempunyai banyak masalah kerana tak sangka pula kami bertiga memiliki keserasian untuk berlakon bersama dan ini memudahkan saya untuk menjiwai watak sebagai Fredo,” tuturnya.

Diarahkan oleh Feroz Khan, Kusinero Cinta mengisahkan perjalanan hidup dua sahabat baik Fredo dan Izmir yang mengejar cita-cita menjadi Chef terkenal. Kedua-dua sahabat ini dibantu oleh rakan akrab mereka, Edrinna yang kemudiannya jatuh cinta dengan salah seorang daripadanya.

One thought on “Jericho Rosales Tak Takut Hilang Populariti Walaupun Telah Berkahwin

  • May 21, 2014 at 12:51 am
    Permalink

    jejaki romantis…menjadi kegilaan golongan wanita yang berjiwa sentimentalis.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.