Isu Bercium Depan Eiffel Tower : “Sila Pakai Kanta” – Che Ta

Ada saja kontroversi yang tidak berkesudahan mengaitkan pasangan isteri sensasi ini.

Betullah kata Zain kepada pihak media baru-baru ini, apa saja gambar sama ada yang dimuatkanya sendiri atau pun isterinya di laman instagram masing-masing pasti akan mencetus isu panas.

Terbaharu gambar mereka didakwa bercium ketika bercuti di Paris menjadi bahan kritikan peminat. Meskipun banyak kali dikritik peminat, mereka memilih untuk tidak mengambil kisah dengan kontroversi yang tercetus dan akan terus memuat naik gambar di akaun Instagram seperti biasa.

Baik Rozita Che Wan (Che Ta) mahupun Zain menganggap memuat naik sebarang gambar di akaun Instagram mereka adalah hak peribadi mereka.

“Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta”, katanya seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.

Tambah Che Ta walaupun sering mendapat kecaman namun dia tetap akan memuat naik gambar di Instagramnya seperti biasa.

Itu akaun saya dan hak saya untuk memuat naik sebarang gambar sekalipun. Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram. Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini”, katanya.

Laporan juga menyebut, Che Ta juga menegaskan yang dia tidak pernah memaki hamun peminat ekoran isu Zain mewarnakan rambutnya perang.

“Saya ingin betulkan fakta. Saya tidak pernah memaki peminat, sebaliknya saya hanya meninggalkan komen untuk menjelaskan mengapa Zain mewarnakan rambutnya perang.

Dia bukan warnakan rambut untuk suka-suka, sebaliknya kerana watak dalam siri ‘Oh My English’ musim ketiga”, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.