Ibu Dyana Kata Terpulang Pada Anaknya Nak Kahwin Dengan Melayu, Cina Atau India

Teluk Intan – Ibu kepada calon DAP bagi kerusi parlimen Teluk Intan, Yammy Samad berkata, dia memberikan kebebasan penuh kepada anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud untuk memilih baik atau buruk.

Menurutnya Dyana sudah besar dan boleh berfikir dan menilai sendiri apa yang terbaik untuk dirinya.

“Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh portal Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.

Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.

Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.

“Saya bebaskan dia memilih. Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti.

“Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?” katanya.

Beliau berkata tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.

Ketika diminta mengulas mengenai kekesalan yang diluahkan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Yammay berkata beliau telah sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

2 thoughts on “Ibu Dyana Kata Terpulang Pada Anaknya Nak Kahwin Dengan Melayu, Cina Atau India

  • May 20, 2014 at 10:38 pm
    Permalink

    rezeki jodoh dan ajal ketentuan Allah…sebagai insan perlu berusaha bertawakal dan berdoa…semoga apa yang diusahakan direstui Illahi…rezeki yang diperolihi diberkati olih Illahi…perjalanan hidup dirahmati olih Iilahi…tiada kekayaan yang bolih mengatasi ‘ketenangan jiwa’…tiada darjat yang bolih mengatasi ‘kesabaran’…tiada ilmu yang bolih mengatasi ‘iman’…tiada kebaktian yang bolih mengatasi ‘taqwa’…sejahteralah jiwa bahagialah insan yang sentiasa tunduk-sujud pada Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Yang Maha Pengasihani.

    Reply
  • May 20, 2014 at 10:40 pm
    Permalink

    rezeki jodoh dan ajal ketentuan Allah…sebagai insan perlu berusaha bertawakal dan berdoa…semoga apa yang diusahakan direstui Illahi…rezeki yang diperolihi diberkati Illahi…perjalanan hidup dirahmati Iilahi…tiada kekayaan yang bolih mengatasi ‘ketenangan jiwa’…tiada darjat yang bolih mengatasi ‘kesabaran’…tiada ilmu yang bolih mengatasi ‘iman’…tiada kebaktian yang bolih mengatasi ‘taqwa’…sejahteralah jiwa bahagialah insan yang sentiasa tunduk-sujud pada Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Yang Maha Pengasihani.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.