Calon DAP Teluk Intan Bukan Anak Angkat Ibrahim Ali

Perang dalam alam maya sempena pilihan raya kecil Teluk Intan berterusan, kali ini gambar calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan ketua Perkasa Ibrahim Ali pada satu majlis kini beredar dalam internet.
                                                           
Gambar yang tidak bertarikh itu memaparkan Ibrahim tersenyum dan berdiri di antara Dyana dan ibunya Yammy Samat, yang kelihatan seperti dalam satu majlis makan malam.
 
Tersebar dalam Facebook, mereka kelihatan seolah-olah tidak bergabung dengan parti politik, gambar itu mencetuskan beberapa persoalan hubungan Dyana dengan Ibrahim, yang sering dikritik oleh DAP kerana sikap dan garis politik perkaumannya.

Ada pihak yang mendakwa Ibrahim adalah bapa angkat – yang digunakan dalam konteks orang Melayu sebagai kawan rapat keluarga.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati gambar tersebut diambil dalam sebuah majlis makan malam di sebuah restoran di Kuala Lumpur minggu lalu.

Majlis itu diadakan bagi meraikan Tengku Razaleigh Hamzah yang dianugerahkan Ijazah Kehormat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam kiriman SMSnya kepada Malaysiakini kelmarin, Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Dyana merupakan anak angkat beliau sebaliknya mengenali rapat ibu Dyana, Yammy Samat.

Menurut Ibrahim, Yammy adalah penyokong kuat ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan bersama-sama dengannya berkempen bagi Ku Li merebut jawatan timbalan presiden dan presiden Umno pada 1984 dan 1987.

“Yammy ni semua wanita umno kenal. Pemimpin Umno pun, hampir semua kenal nya. Itu saja tapi sejak saya tak jadi ahli Umno dari tahun 2013, macam putus hubungan.

“Cuma kekal kawan,jumpa tempat kenduri atau majlis-majlis yang saya dan dia dijemput. Itu saja. Dyana bukan anak angkat saya,”katanya.

One thought on “Calon DAP Teluk Intan Bukan Anak Angkat Ibrahim Ali

  • May 21, 2014 at 12:25 am
    Permalink

    untuk menjadi bangsa yang maju orang Melayu mesti mampu bersaing diluar lingkungan bangsanya sendiri agar tidak dichop ‘jaguh kampung’…orang Melayu mesti bersikap terus terang bukan lagi ‘berpendam rasa’ dan ‘merendah diri’ agar tidak ‘di pandang rendah’ olih orang lain…orang Melayu mesti berani menghadapi cabaran hidup semasa agar tidak dilabel bangsa yang mundur…orang Melayu mesti rajin berusaha mencapai kemajuan agar tidak di anggap sebagai bangsa yang malas…orang Melayu mesti mempunyai etika diri agar menjadi bangsa yang dihormati…tepat pada janji agar tidak ada lagi imej ‘Melayu Pembohong’ dan ‘Jam Melayu’…orang Melayu mesti bangga pada warisan budaya sendiri agar kita dapat menjana ketamadunan bangsa Melayu di pesada dunia…orang Melayu mesti menghormati hubungan sejagat agar kita mampu menjadi pemimpin pada orang lain.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!