“Langkah Terbaik Ke Syurga “: Zahid Ulas Tindakan Wan Norashikin Ikut Suami Sertai PAS

- Advertisement -

Lenggong – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa keputusan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Wan Norashikin Wan Noordin untuk menyertai PAS mungkin berpunca daripada pengaruh suaminya yang aktif dalam kepimpinan PAS kawasan Tapah.

Menurut Zahid, Wan Norashikin sebelum ini masih bersama menyokong Barisan Nasional (BN) ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning, namun tidak lama kemudian mengambil langkah meninggalkan parti.

“Sewaktu penamaan calon, saya bertemu dengan beliau bersama-sama mengiringi calon BN, tetapi seminggu kemudiannya, beliau ikut suami.

Mungkin itu adalah langkah terbaik untuk beliau menuju ke syurga,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Zahid mengeluarkan kenyataan itu ketika ditemui media selepas menghadiri Program Wacana Aspirasi bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Lenggong.

Semalam, Wan Norashikin dilaporkan secara rasmi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pada sebuah ceramah mega sempena PRK Ayer Kuning yang diadakan di Kampung Tanjung Keramat. Beliau hadir dalam busana jubah hitam dan berniqab, ditemani suaminya, Muhammad Noor Farid Zainal, yang merupakan Setiausaha PAS Kawasan Tapah.

Dalam perkembangan berasingan, Zahid turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendekatan kempen yang digunakan dalam PRK DUN Ayer Kuning, terutama apabila isu-isu berkaitan kaum, agama, dan institusi Diraja (3R) masih menjadi bahan kempen.

Tegasnya, pendekatan sebegini tidak sepatutnya diteruskan dan beliau menggesa agar semua pihak lebih fokus kepada agenda membina.

“Saya melihat momentum kempen mula memuncak, namun saya sangat tidak berkenan dengan kaedah kempen yang dilakukan kerana ia masih menyentuh perkara yang tidak sepatutnya disentuh, seperti masalah peribadi dan isu yang menjadi titik bengik.”

PRK DUN Ayer Kuning akan menyaksikan saingan tiga penjuru membabitkan calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek, serta calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat