Video: Pas perli PBT Selangor Larang Guna Dewan

SHAH ALAM – Pesuruhjaya  PAS Selangor Sallehin Mukhyi hari ini memerli tindakan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor yang didakwa tidak membenarkan mereka menggunakan kemudahan milik majlis daerah ketika tempoh Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, dewan yang digunakan malam ini tidak dapat menampung kehadiran penyokong pas dalam Majlis Pengishtiharan penamaan calon Pas Selangor untuk PRU14.

“Dan kita berada dalam dewan ini telah ditempah khas walaupun diluar sana terlalu banyak dewan banggunan.

“Tetapi menghormati arahan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tidak menggunakan premis-premis milik PBT maka kita gunakan dewan yang saya percaya walaupun boleh memuatkan lebih kurang 2 ribu namun ramai yang tidak dapat untuk berada dalam dewan pada malam ini,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

Tambah beliau lagi, arahan tersebut tidak dipatuhi oleh parti lain yang didakwa menggunakan kemudahan majlis daerah.

“Namun sayangnya ada parti juga yang boleh jadi untuk menunjukkan rasa integriti memulangkan kereta kerajaan tapi hari ini mereka menggunakan harta milik PBT untuk digunakan parti mereka walaupun arahan tersebut dikeluarkan oleh mereka,”ujarnya.

Tadi, PAS Selangor mengumumkan akan bertanding di 47 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU- 14) dan turut mengumumkan akan bertanding di 20 Parlimen di Selangor.

 

 

 

 

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.