Seng Giaw Pertahan Kenyataan Tentang Najib, 1MDB

PETALING JAYA – Veteran DAP Dr Tan Seng Giaw sebelum ini digugurkan sebagai calon mempertahankan kenyataan bahawa perdana menteri tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam urusan 1MDB.

Memetik FMT, dia hanya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2016.

“Laporan audit tidak dikeluarkan kepada orang awam. Ramai orang tidak tahu kandungannya, jadi untuk mereka memberi komen adalah tidak berasas,”

“Saya telah membacanya berkali-kali,”katanya.

Menurutnya, beliau tidak boleh menghuraikan laporan itu dengan lebih lanjut kerana dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi.

Beliau juga yang merupakan bekas naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam urusan 1MDB kerana beliau hanya pengerusi lembaga penasihatnya.

Katanya, perkara betul yang perlu dilakukan ialah bertindak terhadap “orang-orang yang kita perlu siasat” iaitu “lembaga pengarah dan pengurusan, dan mereka yang mengendalikan syarikat”.

Terdahulu, Najib berkata ahli veteran DAP itu digugurkan kerana bercakap benar mengenai 1MDB.

Tan digugurkan sebagai calon Kepong, kerusi yang disandang selama 8 penggal.

“Dia cakap benar dan kena buang (digugurkan sebagai calon). PAC dalam isu 1MDB, dia kata perdana menteri tidak buat apa-apa salah. Dia cakap benar dan dia tidak dicalonkan,” kata Najib.

Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Najib bahawa beliau digugurkan kerana pendiriannya dalam isu 1MDB, Tan enggan mengulas dan berkata semuanya spekulasi.

Tan turut dikhabarkan mempunyai pandangan yang berbeza dengan kepimpinan parti kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang berhubung pengurusan isu alam sekitar.

Disebabkan hal demikian, kerusinya di Kepong diberi kepada penyandang Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.