PRU14: BN Kedah Lancar Manifesto Fokus 7 Kluster Utama

ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umu ke-14v (PRU14) bertemakan ‘Menerus Kemajuan, Menzahir Impian’ yang mengandungi tujuh kluster khusus bernilai RM65.3 bilion untuk rakyat Kedah.

Tujuh kluster itu merangkumi projek berimpak tinggi bernilai RM55.1 bilion, program kesejahteraan hidup rakyat (RM2.7 bilion), infra dan utiliti (RM6.5 bilion), pelancongan (RM60 juta), pendidikan dan modal insan (RM14 juta), agama (RM581 juta) dan belia dan anak muda (RM238 juta).

Sehubungan itu, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sepertimana 13 edisi pilihan raya umum lalu, BN Kedah terus komited dan berazam untuk memegang janji serta tanggungjawab bagi menerus kemajuan dan menzahir impian rakyat di negeri itu, seperti dipetik Bernama.

“Kita bersyukur kerana aku janji PRU13 yang lalu meskipun menghadapi pelbagai cabaran akhirnya lebih 97.64 peratus berjaya kita penuhi. Ini bermakna keutamaan kita bukan sekadar berjanji kosong. Justeru itu, satu pertiga dari kandungan manifesto yang dizahirkan malam ini sudah pun kita laksanakan.”

“Satu pertiga dana peruntukan dan kelulusannya sudah tersedia. Baki satu pertiga dari inisiatif dalam manifesto ini yang menggariskan 12 keutamaan pula sudah siap dirangka dengan kerja awalan telah pun digerakkan,” katanya berucap melancarkan Manifesto BN Kedah, di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Cheah Soon Hai, Pengerusi MCA negeri, Datuk Lee Chee Leong dan Pengerusi MIC negeri, Datuk Jaspal Singh serta barisan kepimpinan BN Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.