Projek Mega Zaman Mahathir Dapat Pengecualian Cukai SST dan Duti Import

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 19 April 2018

Kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad telah memberikan lebih banyak pengecualian cukai kepada projek-projek mega dan ini telah menyebabkan kerugian langsung kerajaan, kata Ketua Pengarah Kastam Subromaniam Tholasy hari ini.

Subromaniam berkata bukan sahaja projek mega semasa zaman Mahathir dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), mereka juga telah dikecualikan daripada duti import.

Sistem SST adalah sistem satu peringkat di mana sekiranya pengecualian diberikan, kerajaan menanggung kerugian langsung. Kerajaan kerugian (wang) tetapi masih memberikan (pengecualian).

“Bagaimanapun, sistem GST berbeza kerana apabila anda memberi pengecualian, mereka tidak dapat meminta bayaran balik atas cukai kredit import dan tidak ada pengembalian wang.

“Sebenarnya, melalui pengecualian GST ke atas ECRL, kerajaan membuat keputusan yang baik dan ini memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat,” kata Subromaniam dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam di Putrajaya.

Projek-projek yang dikecualikan daripada SST semasa zaman Mahathir termasuklah terowong Smart, Stadium Sukan Nasional Bukit Jalil, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA Transit (ERL).

https://www.malaysiakini.com/news/420571

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.