Pakatan Pembangkang Adalah Satu Gabungan Yang Aneh

Tulisan asal oleh:
Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 19 April 2018

Pakatan pembangkang yang terdiri daripada Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Ismail dan Lim Kit Siang, dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan satu gabungan yang aneh.

Apabila pada suatu ketika dahulu mereka bersungguh-sungguh mahu menghancurkan antara satu sama lain, walaupun kepentingan politik bukanlah alasan untuk mereka bekerja bersama.

Lebih buruk lagi ialah apabila mereka menawarkan alasan yang lemah untuk menjelaskan dan mewajarkan gabungan mereka.

Pada satu masa, Anwar, Wan Azizah dan Kit Siang pernah menentang Mahathir atas alasan mereka perlu menyelamatkan Malaysia. Kini mereka bersatu dengan Mahathir atas alasan yang sama, iaitu menyelamatkan Malaysia.

Kita tidak boleh lupa bahawa pada 1993 Kit Siang mengutuk Anwar dan menuntut peletakan jawatannya dan malah menuduhnya berbohong kepada Parlimen.

Kemudian beliau bekerjasama dengan Anwar. Kemudian Kit Siang berkata jika pembangkang berkuasa, mereka akan memastikan Mahathir dihukum atas kesalahannya. Dan sekarang beliau bekerja dengan Mahathir.

Ini adalah keterangan yang jelas bahawa pakatan pembangkang hanyalah perkahwinan untuk kemudahan masing-masing dengan setiap pihak mempunyai agenda sendiri. Ini bukan mengenai kepentingan negara tetapi mengenai usaha mengejar kuasa politik.

Pakatan pembangkang tidak akan bertahan dan jika mereka berkuasa, negara akan menderita. Ini adalah realiti pakatan pembangkang.

Link asal artikel:
https://sskeruak.blogspot.my/2018/04/opposition-pact-makes-strange-bedfellows.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.