MCA Berjasa, Tak Tukar Pasangan

PASIR GUDANG – MCA banyak berjasa kepada masyarakat Tionghoa terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, hakikat tersebut perlu diterima oleh kaum Cina di negara ini.


Menyrutnya, parti itu sedar matlamat mereka berpolitik bukan semata-mata mahu mendapatkan sokongan tetapi lebih daripada itu.


“Ada yang kata MCA ‘buruk’ tetapi buruk-buruk MCA mereka banyak budi dan berjasa kepada masyarakat Tionghoa.


“Jadi, saya pun tidak tahu kenapa ada satu parti itu nak ‘bunuh’ MCA…MCA bukan sebuah parti yang suka tukar pasangan,” katanya semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Grisek di EcoTropics, di sini, petik Utusan

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalannya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Timbalan Pengerusi MCA negeri, Datuk Tee Siew Kiong.


Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, parti yang mahu ‘membunuh’ MCA itu lima tahun dahulu menganggap Pas adalah segala-galanya, namun selepas lima tahun mereka sudah tukar pasangan.


“Pada mereka Paslah segala-galanya, Paslah cinta hati mereka tetapi lepas lima tahun mereka cari pasangan lain, sekarang dengan seorang berusia 93 tahun, tapi MCA tak tukar pasangan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.