Lagi Fitnah Untuk Tipu Dan Hasut Rakyat

Dua berita palsu sedang tular di media sosial ketika ini. Satu adalah mengenai fitnah kononnya tiga buah bas yang membawa warga Bangladesh telah ditahan di lebuh raya utara selatan. Mereka ini dikatakan memiliki kad pengenalan mykad dan telah dibelasah oleh orang awam.

Satu lagi adalah mengenai dakwaan kononnya seorang ahli politik Barisan Nasional (BN) telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan di dalam kenderaannya terdapat sekotak wang tunai.

Cerita sebenar ialah fitnah tiga buah bas itu sebenarnya adalah fitnah kitar semula yang pernah dilakukan pembangkang pada 2013.

Video kononnya warga asing itu ditangkap, telah disiarkan dalam YouTube dengan tajuk `Pandamaran PRU13 Pengundi Hantu Pilihanraya Malaysia’.

Manakala dalam kes melibatkan ahli politik BN itu pula, gambar wang berkenaan merupakan gambar yang diceduk daripada laporan berita Utusan Malaysia bertajuk `Mesej tular wang RM100 palsu tidak sah’ yang disiarkan pada 22 Februari lalu.

Dalam laporan berita Utusan berkenaan, polis menafikan kesahihan mesej bergambar yang tular dalam aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook mengenai dakwaan wujudnya pengedaran wang kertas palsu RM100 secara meluas di sekitar ibu kota.

Malangnya ada juga yang percaya pada penghasut yang cuba memecah belahkan rakyat Malaysia dan pada masa sama cuba menjejaskan keharmonian negara.

Tindakan tegas patut diambil ke atas mereka ini yang nyata tidak takut dengan Akta Anti Berita Tidak Benar yang diluluskan pada April lalu.

Bayangkan dengan adanya akta tersebut pun mereka masih berani membuat fitnah, apatah lagi jika tiada ada seumpama itu dilaksanakan. Maka bertambah meriahlah mereka ini membuat fitnah dan melaga-lagakan rakyat Malaysia.

Jangan biarkan diri ditipu dan diperbodohkan oleh `puak’ ini. Tolaklah mereka. Ini belum masuk lagi tempoh penamaan calon, nanti kalau dalam tempoh berkempen, kita boleh jangkakan lebih banyak lagi fitnah akan tersebar.

#fakenews
#JomBN
#BersamaBN
#PHitnah
#HarapanFitnah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.