Kerajaan Tidak Halang Rakyat Malaysia Kerja Tinggal Di Singapura Balik Mengundi

JOHOR BAHRU – Cuti 350 kakitangan Jabatan Imigresen Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah dibekukan pada 8 hingga 10 Mei ini bagi memastikan urusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lancar kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memaksimumkan tenaga kerja untuk tempoh tersebut bagi memudahkan rakyat negeri ini yang bekerja atau tinggal di Singapura pulang mengundi.


“Cuti 250 pegawai dan kakitangan imigresen di BSI dan kira-kira 100 lagi di KSAB dibekukan supaya rakyat kita yang bekerja atau tinggal di Singapura berpeluang pulang untuk mengundi pada PRU-14 dengan selesa.


“Langkah ini sekali gus menafikan tohmahan pemimpin DAP Johor yang mendakwa kononnya kita akan sekat pengundi untuk pulang mengundi pada PRU-14,” katanya.


Beliau yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Pulai berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Pegawai, Kakitangan dan Keluarga Jabatan Imigresen Negeri Johor di Kuaters Imigresen Taman Kenanga di sini sebentar tadi.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Datuk Rohaizi Bahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.