Arul Buka Laman Web Untuk Jawab Fitnah Pembangkang

Selepas lebih 90 kali syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberikan penerangan akhirnya, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda telah melancarkan laman web sendiri untuk berkongsi fakta dan menjawab fitnah pembangkang terhadap syarikat berkenaan.

Pada pengenalan diri dalam lama web http://www.arulkanda.com itu, Arul menegaskan beliau bukan ahli politik sebaliknya adalah seorang profesional.

“Saya bukan seorang ahli politik, saya adalah seorang profesional’,” kata Arul. Apa yang dilakukan oleh Arul adalah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan fitnah serta berita palsu me­ngenai 1MDB.

Selain tulisan, video-video turut disertakan dalam laman web itu dan menariknya penjelasan yang diberikan mudah difahami oleh semua pihak.

Ramai yang memuji komitmen Arul dalam hal ini. Beliau pernah diminta oleh Lim Kit Siang supaya bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU) ini kerana baginya Arul seolah-olah memberikan sokongan kepada kerajaan dalam isu 1MDB ini.

Masalahnya ia bukan mengenai sokongan kepada kerajaan atau pembangkang sebaliknya semua pihak perlu mendapatkan fakta kebenaran dan kesahihan sesuatu perkara.

Entah apa masalahnya dengan Pakatan Harapan ini (PH). Adakah mereka hanya mahu mendengar penjelasan Arul jika beliau bergelar Ahli Parlimen? Tidak juga….kerana penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan menteri yang berkaitan di Parlimen, tidak diendahkan.

Bukan itu sahaja, siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga tidak dihiraukan oleh pembangkang walhal dalam PAC ada wakil pembangkang.

Dan disebabkan Tan Seng Giaw, yang merupakan Naib Pengerusi PAC tetap mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB, beliau kini menerima kesannya apabila tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kepong.

Kini Arul sudah membuka laman web beliau untuk memberikan penjelasan. Dan beliau juga telah mengadakan siri jelajah untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai fitnah yang dilemparkan kepada syarikat tersebut dan kepada Perdana Menteri.

Justeru gunakanlah peluang yang ada untuk mendapatkan penjelasan supaya kita tidak lagi melemparkan fitnah. Jangan terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang menggunakan isu ini untuk menang PRU sedangkan mereka tahu isu berkenaan sudah lama selesai.

Mereka kitar cerita 1MDB, mereka cuba korek sana sini, mereka cuba dapatkan bantuan media asing malangnya semua itu tidak berjaya.

Dan apabila pembangkang Pakatan Harapan cuba mempolitikkan isu kapal Equanimity dan sengaja mengaitkannya dengan 1MDB maka ia jelas menunjukkan mereka sudah terdesak. Apabila mahkamah Indonesia memutuskan tindakan polis Indonesia menyita kapal milik Equanimity (Cayman) Ltd. Islands di Bali pada Februari lalu tidak sah, maka terkedu mereka.

Keputusan yang dibuat oleh mahkamah Indonesia itu sepatutnya diteliti oleh rakyat agar mereka tidak mudah terpedaya dengan fitnah pembangkang. Suara.TV

#JomBN
#BersamaBN
#Harapanpalsu
#dosadosaMahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.