CEO Malaysia Airlines Letak Jawatan

KUALA LUMPUR -Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Berhad (MAB) Christoph Mueller, yang baharu sahaja 16 bulan menerajui jawatan tersebut bertindak meletak jawatan.

 

Tindakan tersebut dibuat selepas beliau mengumumkan keuntungan MAB pada bulan Februari lalu disamping merekodkan keuntungan pada dua tahun lagi.

 

Mueller yang memegang jawatan itu bermula Januari tahun lalu, menggantikan Ahmad Jauhari Yahya dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa tindakannya itu mempunyai kaitan dengan masalah peribadi namun, beliau dikekalkan sebagai Pengarah yang tidak berperanan sebagai Eksekutif.

 

Sehubungan itu, Mueller akan berkhidmat sehingga September ini berikutan notis pemberhentiannya mengambil masa enam bulan, sekali gus memudahkan peralihan jawatan.

 

Dalam pada itu, MAB yang kecewa dengan keputusan Mueller itu, terpaksa menerima keputusan tersebut.

 

Menerusi kenyataan Pengerusi MAB, Tan Sri Md Nor Yusof, lembaga telah dimaklumkan rancangan Mueller untuk meninggalkan MAB lebih awal daripada masa yang ditetapkan disebabkan alasan peribadi.

 

“MAB telah memulakan pencarian Ketua Pegawai Eksekutif baru, sama ada calon dalaman atau luar yang berpotensi,” ujarnya.

 

Berikutan keputusan Mueller, MAB telah melantik Ketua Pegawai Operasinya, Peter Bellew sebagai Pengarah Eksekutif berkuatkuasa serta-merta.

 

Terdahulu, Mueller diberi peranan utama untuk memimpin pelan pemulihan MAB dalam tempoh lima tahun.-SuaraTV

 

 

One thought on “CEO Malaysia Airlines Letak Jawatan

  • April 22, 2016 at 4:39 pm
    Permalink

    Dengar cerita CM letak sebab wife dia tangkap Muller ada affair dengan perempuan melayu …betul ke

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.