Blogger Papagomo Disekat Masuk Sarawak

KUCHING – Blogger Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris merupakan individu terbaru yang dilarang untuk memasuki Sarawak oleh Jabatan Imigresen hari ini.

 

Papagomo yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Wangsa Maju ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan pesawat AirAsia AK8672 dari Kuala Lumpur pada jam 12.15 tengah hari tadi.

 

Beliau akan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan berikutnya.

 

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan mengenai alasan dia dilarang untuk memasuki Sarawak.

 

Pada 14 April, Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor, bersama-sama tiga lagi individu dilarang memasuki negeri itu sejurus tiba di Kaunter Imigresen LTAK pada jam 11.30 pagi.

 

Turut dilarang ialah Pengerusi Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria, Pengerusi Eratkan Perhubungan Antara Negeri Cetuskan Organisasi (EPANCO), Ariffin Abu Bakar dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Melayu Klang, Rahim Ibrahim.

 

Kesemua individu berkenaan dikatakan datang ke negeri itu bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) yang dijadual pada 7 Mei ini.

 

Terdahulu, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri Sarawak tidak memihak kepada mana-mana kelompok atau kecenderungan politik dalam melaksanakan larangan memasuki negeri itu. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.