Bekas Setiausaha KBS Ditahan SPRM Sekali Lagi

PUTRAJAYA – Empat individu termasuk bekas Setiausaha Bahagian Kementerian Belia dan Sukan yang pernah didakwa berkaitan kes salah guna kedudukan dan membuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta sebelum ini, ditahan SPRM hari ini.

 

Penahanannya dipercayai kerana terlibat dengan penggubahan wang haram bernilai lebih RM17 juta.

 

Menurut sumber SPRM, tiga individu lain yang ditahan ialah sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang  merupakan kontraktor dan pemilik syarikat.

 

“Kesemua mereka yang berusia antara 35 dan 57 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira pukul 3.30 petang ke 6.30 petang tadi,” katanya.

 

Difahamkan suspek dijangka akan didakwa di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2010 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, esok. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.