Yatt Hamzah Tarik Balik Permohonan Cerai

KUALA LUMPUR – Pelakon, Yatt Hamzah hari ini menarik balik permohonan cerai dengan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor yang difailkan pada awal Februari lalu.

 

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Mohd Saifullah Hamzah membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam syarie, Nuraini Fauzi yang mewakili pelakon itu selaku plaintif.

 

Pada prosiding hari ini Abdul Mutalib selaku defendan turut hadir tanpa peguam.

 

Pada 12 Mac lalu, Yatt mohon menangguhkan kes perceraian dengan suami atas alasan mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.