Video Air Berlumpur, Berapi Berlaku Di Pingtung, Taiwan

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor.

 

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad berkata fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.

 

Kebakaran pula berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membakar gas asli itu, kataya dalam kenyataan di sini, malam Ahad.

 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.

 

Beberapa laman sosial baru-baru ini menyebarkan rakaman video mengenai fenomena air berlumpur dan berapi yang didakwa berlaku di Jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.