Mayat Anak Dibekukan Agar Hidup Kembali

KUALA LUMPUR – Seorang budak perempuan berusia dua tahun dari Thailand menjadi manusia paling muda dibekukan dengan harapan dia mampu hidup kembali menggunakan kemajuan sains.

 

Matheryn Noavaratpong meninggal dunia Januari lalu akibat kanser otak.

 

Penyakit itu hanya dikesan selepas Matheryn tidak bangun daripada tidur pada suatu hari, dan hasil pemeriksaan doktor menemui ketumbuhan sepanjang 11 sentimeter di dalam otaknya.

 

Dua pembedahan dijalankan dan pembedahan kedua mengakibatkan 80 peratus bahagian kiri otak kanak-kanak malang itu dibuang. Malangnya, kanser telah merebak ke seluruh organ tersebut.

 

Ibu bapa Matheryn akhirnya sedar perjuangan mereka untuk Matheryn melawan penyakit itu sudah berakhir, dan alat sokongan hidup pada kanak-kanak itu akhirnya ditanggalkan.

 

Otak Matheryn kini diasingkan di dalam bekas keluli tahan karat, yang merupakan bekas vakum berpenebat yang diisi dengan cecair nitrogen.

 

Jasad Matheryn akan dibekukan sehingga penawar ditemui, selain menunggu kajian untuk mengetahui kaedah untuk membesarkan badannya diperoleh. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.