Gaji Pokok Baharu Kumpulan Gred 11 Diumum Hujung Tahun

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 kakitangan awam kumpulan Gred 11 yang menerima gaji antara RM823 hingga RM850 pada hujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

 

Katanya, kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam itu yang terdiri daripada mereka yang memasuki sektor awam melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR), antaranya pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu, berpendapatan keseluruhan termasuk gaji dan elaun antara RM1,257 hingga RM1,275.

 

Beliau berkata, ia akan merupakan semakan keempat bagi Gred 11 setelah tiga kali semakan iaitu pada tahun 2002 dengan gaji minimum RM480, 2007 (RM649) dan 2013 (RM832).

 

“Kerajaan memang prihatin kumpulan yang mendapat gaji minimum rendah dan sedang merancang untuk memberi kenaikan gaji kepada mereka dan dijangka umum pada hujung tahun ini.

 

“Kita sedang mengkaji secara menyeluruh pada satu tahap yang bersesuaian dan akan tengok pada keadaan semasa,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

 

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda sebelum ini dilaporkan berkata terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan.

 

Mohamad Zabidi berkata kerajaan juga akan mengumumkan semakan gaji bagi 252 skim gaji dan elaun untuk semua kumpulan kakitangan awam pada hujung tahun ini.

 

“Kajian semula ini dijangka diumum pada hujung tahun ini,” katanya. -Bernama

5 thoughts on “Gaji Pokok Baharu Kumpulan Gred 11 Diumum Hujung Tahun

  • April 21, 2015 at 8:31 am
    Permalink

    pembantu pemaju masyarakat (ppms) tadika kemas, tidak ada kenaikkan gaji?tolong pertimbangkan kerana kami sangat memerlukannya.Gaji kami sekarang hanya RM400 sebulan.terima kasih.

    Reply
  • October 8, 2015 at 1:26 pm
    Permalink

    Salam sejahtera.. sila ambil perhatian bagi ppms kemas yg hanya menerima elaun rm400 sebulan dan kadang-kadang pembayaran elaun lambat di bayar. Tolong pertimbangkan kerana kami juga bekerja seperti ppm pra sekolah. Terima kasih.

    Reply
  • February 20, 2016 at 5:48 am
    Permalink

    Harap kerajaan prihatin dgn elaun ppms yg coma rm400 sedangkan kos utk mendandan rambut untuk isteri menteri adalah rm1200. GST sudah dilaksana…bukankah itu untuk menaiktaraf hidup rakyat?

    Reply
  • July 23, 2016 at 1:27 am
    Permalink

    Saya sebagai salah seorang suami kepada ppms kemas juga ingin menyuarakan sedikit prihatin terhadap situasi mereka.Walaupun taraf hidup keluarga kami memang stabil dengan pendapatan saya sebagai jurutera elektrik di salah sebuah korporat FDI,tetapi isteri saya masih berminat bekerja sebagai ppms,walaupun dengan gaji rm400 sebulan?!walauapapun janganlah ambil kesempatan dengan membayar gaji tidak mengikut penetapan gaji minimum,dan ia seolah2 menangguk di air keruh..walhal diluar sana ada ppms yang berstatus ibu tunggal,lagi menyedihkan..Kemas sendiri adalah kementerian kemajuan masyarakat,kenapa tidak dinaik tarafkan hidup pekerja sendiri?renungkanlah,sekian.

    Reply
  • September 13, 2016 at 11:47 am
    Permalink

    Salam sejahtera.. sila ambil perhatian bagi ppms
    kemas yg hanya menerima elaun rm400 sebulan
    dan kadang-kadang pembayaran elaun lambat di
    bayar. Tolong pertimbangkan kerana kami juga
    bekerja seperti ppm pra sekolah.Sangat tidak relevan dengan keadaan ekonomi masa kini.Mohon dpertimbangkan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.