4 Lagi Suspek Serang Pengawal Keselamatan Di Klang Berjaya Ditahan

SHAH ALAM – Empat lagi suspek dipercayai terbabit dalam serangan di Bandar Bukit Raja sehingga menyebabkan seorang pengawal maut dan mencederakan enam lagi pengawal, ditahan polis menjadikan semua 12 suspek ditahan setakat ini.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata siasatan awal mendapati dua daripada semua suspek terbabit mempunyai rekod jenayah kekerasan.

 

“Kita yakin kes ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

 

Apapun, saya minta semua pihak bertenang dan serahkan kepada polis untuk selesaikan kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

 

Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan maut manakala enam lagi cedera selepas pondok kawalan keselamatan bagi dua taman perumahan dan sebuah kawasan komersial di Bandar Bukit Raja diserang kongsi gelap.

 

Serangan jam 1.30 pagi itu disyaki ada kaitan dengan perebutan kawasan di antara kumpulan kongsi gelap tetapi berselindung di sebalik syarikat keselamatan yang menawarkan khidmat kawalan kawasan perumahan penduduk dan komersial. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.