Ibnu Haitam Bapa Optik Moden

Ibnu Haitam-Islam seringkali diberikan gambaran sebagai agama yang mundur lagi memundur lagi memundurkan.Islam juga dikatakan tidak menggalakan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu.

Kenyataan dan gambaran yang diberi itu bukan sahaja tidak benar tetapi bertentangan dengan sejarah sebenarnya.

Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan ramai golongan sarjana dan Ilmuan yang cukup hebat dalam bidang falsafah,sains,

sains,politik,kesusasteraan,kemasyarakatan,agama,perubatan,dan sebagainya.Salah satu ciri yamg dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda,malah pada masa yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu dengan serentak.

Walaupun tokoh itu dikenali dalam bidang sains dan perubatan tetapai dia juga memiliki  kemahiran yang tinggi dalam bidang agama,falsafah dan seumpamanya.Salah seorag daripada tokoh itu ialah. Ibnu Haitam atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan Ibnu Haitam.

Dalam kalangan cerdik pandai di Barat beliau dikenali dengan nama Alhazen,Ibnu Haitam dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masihi.Beliau memulakn pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik sebagai pegawai pemerintah dibandar kelahiranya.Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pemerintah disana,beliau mengambil keputusan merantau di Ahwaz dan Baghdad .Diperantau beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpulkan perhatian pada penulisan.

al-haytham-optics book

Kecintaan beliau kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.Semasa disana beliau telah mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran sungai Nil serta menyalin buku mengenai matematik dan falak.Tujuannya untuk mendapatkan wang saraan dalam tempoh pengajianya di university Al-Azhar

Hasil daripada usaha itu beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains,falak,matematik geometri,perubatan,dan falsafah.Tulisannya mengenai mata,telah menjai salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat.Malahanya kajian sains mengenai perubatan mata telah menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata

Ibnu Haitam merupakan ilmuan yang gemar nelakukan penyelidikan.Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberi ilham kepada ahli sains barat seperti Boger,Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop.

pinhole camera
Pinhole Camera
camera_obscura_box (1)
Kamera Obscura

Beliaumerupakan orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya.Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan dalam bahasa inggeris,antaranya Light dan On Twilight Phenomena.Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana.

Menurut Ibnu Haitam,cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur.Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada pada garis 19 darjah ufuk barat.Dalam kajiannya,beliau telah berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.Ibnu Haitam juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasilnya teori lensa pembesar.Teori itu telah digunakan oleh para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama didunia.

Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitam telah menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui pekara itu 500 tahun kemudian.Ibnu Haitam Juga menemui kewujudan tarikan gravity sebelum Issaac Newton mengetahuinya.

Selain daripada itu,teori Ibnu Haitam mengenai jiwa manusia  sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada saintif barat untuk menghasilkan wayang gambar.Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudianya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini.

Selain sains Ibnu Haitam juga banyak menulis mengenai falsafah,logikmetafizik dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan.

Beliau juga turut menulis ulasan-ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana dahulu.Beliau telah dijemput ke Mesir Al Haki bi Amr Allah,pemerintah ke enam Kerajaan Fatimiyah namun melalui pengalaman pahit dimana beliau terpaksa berpura-berpura tidak waras selepas tidak Berjaya menyelesaikan masalah mengawal masalah banjir  Sungai Nil.Beliau ditahan dari tahun 1011 sehinggalah kematian Al Hakim bi Amr Allah iaitu pada tahun 1021

Ibn Haytham

Semas tempoh penahanan inilah,telah menghasilkan karya agung yang melayakkan beliau digelar Bapa Optik Moden iaitu kitab Al-Manazir(Book of Optics) karya agung Al-Haikam.

Kitab Al Manazir merupakan salah satu antara karya terpengaruh didalam sejarah fizik dan disenaraikan sebaris dengan karya Isaac Newton,Philosophiae Naturalis Principia Mathematica.Karya agung ini mempunyai tujuh bab  yang meliputi ,matematik,anatomo, dan psikologi.Buku ini secara asalnya ditulis dalam bahasa Arab, kemudiannya telah diterjemah dalam bahasa parsi.Latin dan Itali  dalam masa beberapa abad.

Pengaruh terpenting buku ini ialah membukti bahawa cahaya sebenarya terhasil dari objek yang dilihat.Ini menyangkal sama sekali teori yang dibuat oleh Euclid dan Ptolemy yang mengatakan bahawa mata yang menghasilkan cahaya ke atas objek yang dilihat(Persepsi Visual atau Visual Perception).Ibnu Haitam juga merupakan manusia pertama yang merincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses pengelihatan.

Selepas tamatnya tempoh penahanan beliau,Ibnu Haitam menulis beberapa risalah lagi mengenai dengan fizik ,astronomi dan matematik,Kemudian dia berhjrah ke Sepanyol dan menyambung kembali”percintaan”dengan Ilmu dengan menghasilakan beberapa lagi karya hebat.

Antara pelajar-pelajar beliau hanya dua sahaja yang dapat dikenal pasti  iaitu Sorkhab(Sohrab),pelajar berbangsa parsi yang kemudianya menjadi tokoh hebat di Iran,dan Abu Al Wafa Mubashir ibn Fatek iaitu rakyat Mesir terkenal yang mempelajari matematik dari Ibnu Haitam.

Penulisan falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian.Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu pekara berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu,Oleh sebab itu semua dakwaan mengenai kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada.

 

Jadi,pandangan mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti,Bagi Ibnu Haitam,falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik,sains dan ketuhan.ketiga-tiga cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasinya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya.

Sehingga kini beliau telah Berjaya menghasilkan banyak buku  dan makalah.

Antara buku karyanya termasuk…

  • Al’Jami’ fi Usul al’Hisab yang mengandungi teori ilmu matematik dan matematik penganalisaannya.
  • Kitab al-Tahlil wa al’Tarkib mengenai ilmu geometri
  • Kitab Tahlil ai’masail al ‘Adadiyah mengenai algebra
  • Maqalah fi Istikhraj Simat al’Qiblah yang mengupas mengenai arah kiblat bagi segenap rantau
  • Maqalah fima Tad’u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak.
  • Risalah fi Sina’at al-Syi’r mengenai teknik penulisan puisi.

Sumbangan Ibnu Haitam kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak,Kerana itulah Ibnu Haitam dikenali sebagai sebagai seorang yang meskin material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan.

Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga kehari ini.Walau bagaimanapun sebahagian karyanya telah dicuri  dan di ceduk oleh ilmuan barat tanpa memberikan penghargaan  yang sewajarnya kepada beliau.

Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitam dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia eropah masih diselubungi dengan kegelapan.

Kajian Ibnu Haitam telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.