Video: Tesco Senawang Dibanjiri Orang Ramai Gara-Gara Kehadiran Najib

SENAWANG – Lebih 1,000 pengunjung membanjiri Tesco Senawang, untuk berjumpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak malam tadi.

Beliau yang singgah ke pasar raya tersebut pada jam 9 malam, meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk membeli barangan keperluan dapur seperti telur, minyak masak dan sayur.

Suasana menjadi riuh apabila ribuan pengunjung menjerit ‘Malu apa bosku’ dan bertolak-tolak untuk merakamkan gambar dan berswafoto bersama Ahli Parlimen Pekan itu.

Sebaik sahaja selesai membuat pembayaran, Najib kelihatan bersalaman dengan pengunjung sambil menolak troli barang yang dibelinya. – Sinar

3 thoughts on “Video: Tesco Senawang Dibanjiri Orang Ramai Gara-Gara Kehadiran Najib

  • March 22, 2019 at 9:57 pm
    Permalink

    Bila kes najib rosmah kroni2 didakwa hukum? Apa lambat lama kenapa? Pilih kasih?, sampai bila tunggu??

    Reply
  • March 28, 2019 at 9:14 pm
    Permalink

    Ribu juta pun tak kisah tk jadi kudis?? Bicara hukuman tu yg penting nya… apa tangguh2 lagi?? Semoga hukuman seberat2nya..tanpa prejudis.. salah tetap
    Salah tk kira sapa2 pun??

    Reply
  • March 28, 2019 at 9:16 pm
    Permalink

    Naj8b rosmah kroni2 kuncu2 bila bicara didakwa?? Kemapa lewat sangat??
    Jgn pilih bulu lorr?, bila nk mula bicara dakwa??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.