Polis Tembak Mati Penjenayah Dikehendaki

SEBERANG PERAI – Seorang penjenayah lelaki yang dikehendaki polis melibatkan empat kes mati ditembak di dalam ladang kelapa sawit di Jalan Tasek-Valdor, Nibong Tebal di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, suspek yang mempunyai 17 rekod jenayah dan 11 rekod berkaitan dadah itu ditembak selepas dia melepaskan tembakan ke arah anggota polis ketika cuba meloloskan diri semasa dikejar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata, suspek yang memandu kereta jenis Proton Waja itu pada awalanya diekori polis selepas dilihat mencurigakan di kawasan Nibong Tebal.

“Suspek kemudiannya memecut kereta sehingga terbabas dan melanggar batu di kawasan jalan mati sebelum dia keluar dari kereta dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Bagi mempertahankan diri, polis telah membalas tembakan ke arah suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.

Zainol berkata, pihak polis menjumpai sepucuk pistol semi auto CZ buatan Czech Republic bersama enam butir peluru dalam magazine dan sebutir di dalam chamber (9mm Thai Arm) pada sisi sebelah kanan mayat suspek. – Kosmo!

One thought on “Polis Tembak Mati Penjenayah Dikehendaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.