Wanita Ini Memutuskan Bunuh Diri Gara-Gara Gambar Bogelnya Tersebar

MIDNAPORE – Empat lelaki, tiga daripadanya pelajar sekolah, dilaporkan ditangkap di Daerah Timur Midnapore, India.

Mereka ditangkap berikutan peningkatan kes wanita di Chandipur yang memutuskan untuk membunuh diri minggu lepas

Empat orang yang didakwa menjadi pelaku penyebaran gambar bogel wanita yang disyaki berusia 30 tahun.

Ketua Polis Timur Midnapore V Solomon Nesakumar berkata pelaku , Chandan Guchait, berusia 21 tahun.

Tiga pelaku  lain masing-masing berusia 17 tahun dan dua daripadanya berusia 16 tahun.

“Mereka melakukan perbuatan provokasi yang membawa kepada mangsa bunuh diri,” kata Nesakumar.

Beliau berkata, pada mulanya mangsa yang merupakan suri rumah, kehilangan telefon bimbitnya semasa menghantar anaknya ke sekolah menari beberapa bulan yang lalu.

Salah seorang pelaku mendapati telefon itu, dan dikembalikan kepada mangsa yang tidak dikenali.

Walau bagaimanapun, sebelum dikembalikan, pelaku yang masih belajar ternyata telah memindahkan gambar-gambar “peribadi” mangsa.

Saudara mangsa  berkata, pelaku meminta kepada mangsa agar bersedia berhubungan seks dengan mereka.

Apabila dia enggan, para pelaku mengancam untuk memuat naik gambar tersebut ke internet.

“Ternyata mereka benar-benar melakukannya. Jadi, saudara saya berfikir kematian adalah jalan terbaik,” katanya.

Selain gambar mangsa, Nesakumar menuturkan polis juga menemui gambar-gambar bogel perempuan lain di telefon bimbit para pelaku.

“Tiga pelaku yang masih remaja bersekolah di tiga tempat berbeza. Namun, mereka masih tinggal di kawasan yang sama,” beber Nesakumar.

Awal Mac ini, Mahkamah Midnapore memutuskan bersalah seorang lelaki berusia 23 tahun dengan hukuman lima tahun penjara, dan denda RM540.00

Lelaki itu divonis bersalah atas penyebaran video bogel bekas teman lelakinya di sebuah laman web pornografi.

Hindustan Times memberitahu, itu merupakan hukuman pertama Jabatan Siasatan atas kes revenge porn, sebuah tindakan menyebarkan gambar tidak senonoh untuk memeras mangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.