Najib Kutuk Serangan Agen Saraf Di Salisbury

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan agen saraf baru-baru ini ke atas bekas pegawai perisikan tentera Rusia, Sergei Skripal, 66, dan anak perempuannya Yulia, 33, di Salisbury, barat daya London.

“Mempunyai pengalaman yang serupa di tanah air, kita mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam keadaan apa sekalipun,#SalisburyAttack,” kata Najib dalam Twitter beliau, hari ini.

Bekas perisik Rusia yang menjadi ejen talam dua muka bagi Britain, Sergei dan Yulia ditemui rebah di bangku di luar sebuah pusat beli-belah di Salisbury pada 4 Mac. Mereka masih dalam keadaan kritikal di sebuah hospital, lapor Bernama

Pihak berkuasa British membuat kesimpulan bahawa Sergei dan Yulia diracun dengan agen saraf ”Novichok”.

Begitu juga di Malaysia, Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un, yang sedang menunggu penerbangan ke Macau di klia2 dipercayai dibunuh selepas mukanya disapu dengan agen saraf VX pada 13 Februari, tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.