Adakah Mahathir ‘Yang Insaf’ Akan Pegang Janjinya Jika Pakatan Harapan Menang PRU-14?

Tepat sebulan yang lalu pada 20 Februari, hanya beberapa minggu sebelum pelancaran manifesto Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti dilapor Berita Harian mengakui bahawa Pakatan tidak dapat memenuhi segala janji mereka sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa pembangkang tidak terikat dengan kenyataan mereka jika mereka tidak dapat melaksanakan kira-kira 60 janji yang diikrar dalam manifesto pilihan raya.

Walaupun mengisytiharkan bahawa dokumen 200 halaman mereka yang menjanjikan untuk mewujudkan Malaysia yang lebih baik dari segi ekonomi, hubungan kaum, pengukuhan institusi kerajaan, hubungan luar negara dan tadbir urus yang baik, antara lainnya, bukan manifesto populis selepas pengumuman, laporan Kwong Wah Daily yang diterjemah oleh Malaysian Chinese News mempersoalkan jika rakyat benar-benar harus mempercayai janji kosong Mahathir.

“Bukankah itu hanya untuk memancing orang-orang yang bersedia menjadi taksub?” soal laporan tersebut.

Apabila Mahathir menegaskan bahawa kadar tol di Malaysia adalah murah dan pada Januari lepas ia jelas bercanggah dengan rancangan Pakatan untuk memansuhkan semua plaza tol jika mereka menjadi kerajaan pemerintah.

Namun, dalam manifesto pembangkang, mereka sekali lagi menjanjikan pemansuhan semua plaza tol di negara ini.

“Adakah anda percaya? Sila ingat bahawa tol lebuhraya adalah legasi politik Mahathir dari 22 tahun beliau berkuasa. Hanya pada zaman Najib sahaja kita melihat usaha untuk menghapuskan plaza tol secara beransur-ansur,” tegas laporan tersebut lagi.

Selain itu, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebelum ini mengumumkan tempoh selama dua tahun sebagai perdana menteri mungkin sudah cukup buatnya, namun tiada apa-apa perjanjian dibuat, dan Kwong Wah Daily menyamakan keadaan tersebut dengan setiausaha umum DAP, Lim Guan Eng ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Beliau mengumumkan bahawa beliau hanya akan memegang jawatan tersebut selama dua penggal. Rakan sekerja beliau, Teh Yee Cheu cuba membahaskan usul itu di dewan negeri tetapi ditolak berulang kali.

“Mahathir berkata beliau akan menjadi perdana menteri selama dua tahun. Siapa yang boleh jamin? Adakah akan terdapat perpecahan bila tiba masa untuk menyelesaikan isu ini?,” tulis Kwong Wah Daily.

Lebih-lebih lagi, siapa yang boleh menyangkal hakikat bahawa dalam langkah-langkah terdesak untuk mencabar kerajaan pemerintah, Mahathir sanggup melakukan apa sahaja, walaupun mengakui bahawa beliau sudah bersedia untuk bertanding di atas tiket DAP yang dikuasai oleh kaum Cina minggu lalu – sama sekali menolak ahli akar umbinya, lapor MD

Bercakap tentang ‘Melayu mudah lupa’, “Sekarang kita ada Mahathir yang sudah bertaubat, yang mana mengikut kata-kata DAP adalah seorang diktator yang bersalah terhadap rasuah dan kronisme, (jadi) adakah anda cukup berani untuk bertaruh lagi?” terutamanya selepas kehancuran Pakatan Rakyat, demikian persoalan terakhir yang ditimbulkan oleh Kwong Wah Daily.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.