Video: Warga Emas Tundukkan’ Ular Tedung Selar

Kuala Lumpur -Kehebatan seorang lelaki warga emas menjinakkan seekor ular tedung selar (King Cobra) berbisa yang dimuat naik ke Facebook, menarik perhatian ramai pengguna laman sosial itu.

 

Ular tedung selar sebesar peha manusia dan panjangnya dijangka melebihi 10 meter itu mampu ditundukkan oleh warga emas berkenaan yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50 tahun.

 

 

Dalam video itu, lelaki warga emas tersebut turut menunjukkan lengannya yang mempunyai kesan patukan ular berkenaan, namun riak wajahnya tidak sedikit pun menampakkan dia sedang menahan sakit.

 

Aksi warga emas dan ular itu dipercayai dirakamkan di Kedah, berdasarkan loghat perbualan yang kedengaran dalam rakaman video itu yang telah ditonton lebih 24,758 kali oleh pengguna Facebook.

 

Turut dapat dilihat di akhir klip video itu adalah lelaki berkenaan memegang badan ular tedung itu, sambil berdiri dengan kedudukan bertentang mata antara satu sama lain.

 

Ular tedung adalah sejenis reptilia berbisa yang mampu membuatkan seseorang yang dipatuk menemui ajal, jika tidak mendapatkan rawatan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.