Video: Wanita Dibelasah Hingga Mati Kerana Didakwa Membakar Al-Quran

Kabul (Afghanistan) – Seorang wanita yang di dakwa membakar naskah al-Quran di pukul sehingga mati sebelum mayatnya dibakar oleh puluhan lelaki dalam satu kejadian Khamis lalu.

 

Sejurus selepas dibakar, mayat mangsa dikenali sebagai Farkhunda, 27 itu kemudianya dicampakkan di pinggir sungai di Kabul.

 

Melalui rakaman yang dimuatnaik ke laman media sosial, puluhan lelaki dilihat membelasah mangsa yang tidak sedarkan diri itu.

 


Wanita Dibelasah Hingga Mati Kerana Didakwa… by suaratv2014

 

Rakaman yang berdurasi dua minit lima saat itu turut memaparkan objek seperti kayu dan batu yang turut digunakan untuk memukul mangsa.

 

Kejadian tersebut merupakan kejadian pertama yang dilaporkan berlaku di wilayah tersebut.

 

Menurut salah seorang saksi di tempat kejadian mangsa telah diheret ke kawasan masjid Shah-Du-Shamshaira sebelum dipukul.

 

“Saya mendengar bunyi bising dan apabila tiba mereka memberitahu wanita tersebut telah membakar naskah al-Quran… ketika saya menghampiri kumpulan terbabit mereka yang marah dengan insiden tersebut menjerit mahu membunuhnya.

 

“Mereka memukul mangsa sehingga mati dan mencampak mayatnya di tepi sungai sebelum membakarnya.

 

“Anggota bomba yang tiba tidak lama kemudiannya memadamkan kebakaran tersebut dan membawa mayat mangsa untuk siasatan” katanya.

 

Jurucakap menteri dalam negeri, Sediq Seddiqi berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

 

Sementara itu keluarga mangsa yang enggan mendedahkan identiti dilaporkan berkata, wanita tersebut mempunyai masalah mental sejak 16 tahun lalu.

 

Menurut mereka Farkhunda tidak berniat untuk membakar naskah al-Quran tersebut.

 

Menurut jurucakap polis sehingga kini empat orang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.