Video: Pengguna Media Sosial Kecam, Lelaki Parkir Di Petak OKU

Kuala Lumpur – Tindakan seorang lelaki yang meletakkan kereta di parkir khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di kecam hebat pengguan media sosial.

 

Di dalam rakaman sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial, lelaki yang menaiki kenderaan mewah itu di sifatkan sebagi tidak bertangungjawab oleh pengguna Facebook.

 

 

Melalui rakaman video berdurasi 2 minit 13 saat tersebut, lelaki itu kelihatan sedang masuk ke sebuah kenderaan sebelum ditegur oleh perakam video yang dikatakan seorang OKU.

 

“Bang you tahu ni parking untuk OKU kan, dah setengah jam.

 

“You tahu itu tak betulkan, saya nak tahu you tahu tak?” ujar perakam video tersebut.

 

Marah dengan tindakan tersebut, pemandu kenderaan terbabit meminta lelaki tersebut membuat laporan sekiranya tidak berpuas hati.

 

“Kenapa you ada masalah? Kalau ada masalah pergi buat reportlah” ujarnya sebelum menaiki kenderaan dan terus beredar.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati rakaman yang dimuatnaik ke laman Facebook pada 16 Februari itu telah ditonton hampir 71,000 pengguna media sosial.

 

Berikut adalah antara komen yang diberikan berhubung kejadian tersebut:

 

“Kalau orang berani letak kereta di OKU. Orang itu memang kurang ajar dan tidak pendidikan…” kata seorang pelayar.

 

“PDRM should be able to saman using this video.” (PDRM patut mampu keluarkan saman menggunakan video ini) kata seorang lagi lelaki prihatin.

 

Selain itu, sebilangan kecil pelayar berpendapat kejadian tidak patut dirakam kerana ianya masalah kecil dan boleh diselesaikan.

 

“Yang record video ni pun, orang tu dah mengaku salah. Dah la, macam nak ajak gaduh. Kalau aku pun terbakar. Kalau nampak orang salah parking. Tegur, bukan ajak gaduh”

 

“Dua-dua pun salah. Orang yang parking tu memang dah salah, tapi orang yang tegur tu dengan cara dia menegur pun jauh dari betul.” kata seorang pelayar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.