Video: Gadis Melayu Hina Hudud

Kuala Lumpur – Pengguna laman sosial Facebook (FB) malam tadi dikejutkan dengan penyiaran satu klip video dilakonkan seorang gadis Melayu, yang didakwa menghina langkah Kerajaan PAS Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud di negeri itu.

 

Ketika berita ini ditulis, klip video berdurasi 1 minit 55 saat itu dikatakan dimuat naik dua jam lalu tetapi sudah ditonton sebanyak 94,426 kali.

 

 

Gadis yang dikesan meletakkan nama AishahTajuddin dalam akaun Instagramnya itu didapati melakonkan aksi dan mengeluarkan kata-kata yang didakwa menghina hukum hudud.

 

hina hudud 1

 

Antara kata-kata gadis itu dalam klip video berkenaan ialah:

 

“…Banyak pula pindaan dia. Pastu boleh pulak MB Kelantan panggil orang yang kritik hudud ni tak beriman…Eh awak nie… tak beriman lah..“.

 

“Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat dari isu yang penting macam ekonomi, pentadbiran. Sama la macam isu negara ni. Orang gaduh pasal bangsa, agama tapi ekonomi negara merosot, pastu hutang kita meningkat. Bila dah sampai masanya tak tahu lah kalau hudud tu boleh isi periuk nasi kita.”

 

Antara kata-kata gadis itu dalam klip video berkenaan ialah:

 

“…Banyak pula pindaan dia. Pastu boleh pulak MB Kelantan panggil orang yang kritik hudud ni tak beriman…Eh awak nie… tak beriman lah..“.

 

“Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat dari isu yang penting macam ekonomi, pentadbiran. Sama la macam isu negara ni. Orang gaduh pasal bangsa, agama tapi ekonomi negara merosot, pastu hutang kita meningkat. Bila dah sampai masanya tak tahu lah kalau hudud tu boleh isi periuk nasi kita.”

 

Pada minit 1:33, gadis itu membuka satu bungkusan yang dia sendiri katakan ada nasi lemak. Tetapi apabila dibuka nasi lemak itu tiada dan dia berkata: “…eh tak pe la, hudud kan ada“.

 

Berikutan itu, ratusan pengguna FB mengeluarkan kecaman terhadapnya, malah ada yang meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap gadis berkenaan.

 

Seorang pengguna FB, Mohd Shakir Kay, berkata undang-undang hudud terkandung di dalam al-Quran dan jika mengkritik apa yang ada dalam al-Quran bermakna orang itu tidak beriman.

 

“Jangan main-main dengan apa yang terkandung dalam al-Quran,” katanya.

 

Tuan Muda Muhammad Izzuddin II pula berkata, menjadi tugas keluarga gadis itu serta rakan-rakannya untuk memperbetulkan fikrahnya.

 

“Apa apa pun, moga dia diberi hidayah. Aminnn… sebab tidak semua yang lahir dalam Islam dapat hidayah,” katanya.

 

Mohd El-eddy Azly Ismail ketika memberi ulasan berharap Allah mengampunkan dosa gadis itu dan dibukakan pintu hatinya untuk mengenali kebaikan agama Islam.

 

“Semoga Allah memberikan cahaya rahmat dan hidayah-Nya kepada wanita ini..amin.

 

“Dia mungkin tidak faham atau tidak pernah dididik berkaitan agama, maka mereka yang berilmu didiklah wanita ini,” katanya.

 

“Semoga Allah beri hidayah kepada anda. Saya tak kesian dengan Yahudi dan Kristian yang menghina Islam kerana mereka tidak tahu. Saya lebih kesiankan anda yang bercakap tentang perkara yang anda tahu dan faham tentangnya (walaupun mungkin sikit-sikit),” kata Muhammad Auzaie Ismail.

 

Bagaimanapun klip video asal yang dikatakan diterbitkan oleh BMF Kupas itu telah dipadamkan tidak lama kemudia.

5 thoughts on “Video: Gadis Melayu Hina Hudud

  • March 20, 2015 at 6:08 pm
    Permalink

    org yg mehina hudu tu org x ada agama klau dia org islam kenalah sokong hudud itukan hukuman allah hukum manusia kamu blh terima hukum allah kamu permainkan kamu islam ke

    Reply
  • March 20, 2015 at 9:19 pm
    Permalink

    alangkan terlintas di hati ragu2 terhadap hukum Allah atau ayat2 Allah maka jadi rugi dan tempat kembali orang2 yg rugi itu neraka jahannam..apatah lg kalau terang2 dgn kenyataan menghina atau memperolokkan ayat2 Allah..

    Reply
  • March 21, 2015 at 5:42 pm
    Permalink

    insaf dan bertaubat jika kita beragama islam demi agama dan malaysia yg tercinta

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.