Tiga Beradik Maut Selepas Bersesak Dalam Peti

Lahad Datu – Tiga beradik sesak nafas hingga maut selepas bersembunyi di dalam peti di pasar ikan dekat sini, kerana mahu menyembunyi daripada ditemui oleh sekumpulan anggota pihak berkuasa yang melakukan operasi ke atas pendatang asing tanpa izin, hari ini.

 

Ketiga-tiga mangsa, semuanya berusia 20-an antara enam individu yang bersesak dalam peti hampir tiga jam untuk mengelak daripada dikesan.

 

Identiti semua mangsa tidak diketahui.

 

“Semua mangsa tidak sedarkan diri apabila dikeluarkan dari peti pada kira-kira jam 11 pagi ini,” kata seorang saksi yang menambah mereka mungkin menyembunyikan diri ketika pihak berkuasa menjalankan operasi pada jam 8 pagi tadi.

 

Sementara itu, Ketua Operasi Pusat Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendy K Ramin berkata mereka menerima panggilan pada jam 10.46 pagi dan menghantar satu kenderaan bersama empat anggota ke lokasi.

 

“Apabila pasukan kami tiba, semua mangsa telah dikeluarkan dari peti dan dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.