Tarif Air Pulau Pinang Naik 1 April

Georgetown – Pengguna air domestik di Pulau Pinang akan membayar purata 16.7 peratus lebih tinggi kadar tarif air berkuatkuasa 1 April.

 

Bagaimanapun, Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa berkata, pengguna domestic yang mengguna 20,000 hingga 35,000 liter air sebulan akan membayar secara maksimum hanya RM0.60 lebih sebulan bagi bil air mereka.

 

“Mereka yang menggunakan lebih daripada 35,000 liter air sebulan akan membayar lebih berdasarkan tahap air digunakan,” katanya dalam sidang akhbar di Komtar hari ini.

 

Cadangan PBAAPP bagi mengulang kaji tarif air diserah kepada Kerajaan Persekutuan pada Julai tahun lalu dan digazet pada 15 Februari tahun ini.

 

Kadar baru disemak semula itu  tidak akan menjejaskan kumpulan pertama penggunaan air 0-20 meter padu sebulan pada 22 sen/m3, sebagai menghargai mereka yang menjimatkan air dan tidak menghukum pengguna air teliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.