Pemimpin Wanita Sekadar Pelacur Politik?

As a woman leader, I thought I brought a different kind of leadership. I am interested in women’s issue, in bringing down the population growth rate… as a woman, I entered politics with an additional dimension – that of a mother – Benazir Bhutto.

 

Petikan kata-kata Perdana Menteri Pakistan ke-11, Benazir sebagai pemimpin wanita dunia yang diberi kepercayaan mengurus sebuah negara memberi gambaran perjuangan wanita terus diberi perhatian sewajarnya.

 

Namun, secara global mahupun melihat nasib wanita di negara ini, masih ramai antara mereka berada dalam cengkaman kapitalis dan ada yang ditindas atas faktor gender. Apa yang menggusarkan, kebanyakkan isu-isu utama membabitkan wanita dan politik termasuk kebajikan.

 

Dibandingkan dengan kapitalisme, sistem patriarki pula secara jelas menunjukkan kedudukan lelaki sebagai golongan yang berkuasa daripada wanita. Hal ini menjadikan golongan wanita cenderung untuk didominasi dan dieksploitasi.

 

Dyana SofyaMenurut aktivis wanita DAP, Dyana Sofya, isu kebajikan dan gender bukanlah isu wanita semata-mata.

 

“Ahli politik wanita tidak seharusnya dibataskan kepada isu-isu ini sahaja. Ahli politik wanita Pakatan Rakyat banyak juga memperjuangkan isu ekonomi, kedaulatan undang-undang, anak muda dan banyak lagi.

 

“Walaubagaimanapun, penglibatan wanita dalam politik sangat penting kerana kita memerlukan ‘fair representation’ bagi separuh populasi negara kita yang terdiri dari wanita.

 

“Sekiranya, ada suara wanita yang cukup dan lantang, barulah kita dapat memupuk persekitaran yang gender neutral dan bukannya terpengaruh dengan sistem patriarki. Ini akan memberi ruang kepada keperkasaan wanita, menggalakkan penglibatan mereka dan seterusnya memaksimakan potensi pertumbuhan masyarakat serta negara,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

 

Menurutnya, negara kita memerlukan tokoh-tokoh wanita hebat dan kesedaran masyarakat terhadap hak serta potensi wanita dari segenap pelusuk untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

 

Namun, di atas kelantangan bersuara ini jugalah timbul suara-suara yang tidak elok terhadap mereka dan lebih teruk lagi dilabel ‘pelacur politik’ yang diberikan ke atas ahli politik wanita berhaluan kiri.

 

Bagaimana label sebegini boleh timbul? Adakah kerana pemilihan ahli-ahli politik wanita di dalam sesebuah parti tersebut lebih cenderung kepada kecantikan berbanding bakat dan pendidikan?

 

“Label ‘pelacur politik’ hanyalah kata-kata mereka yang tidak mempunyai modal. Ini adalah salah satu contoh terbaik masyarakat kita yang ‘misogynistic’ dan seksis. Salah satu sebab utama kita harus meletakkan lebih usaha untuk memperkasakan wanita, meningkatkan penglibatan wanita di dalam semua bidang terutamanya politik dan membuat keputusan.

 

“Rakyat Malaysia harus ada kesedaran yang penting dalam kepentingan hormat-menghormati satu sama lain dan sifar gender bias. Adakah label yang sama diletakkan pada ahli politik lelaki yang kacak? Tidak. Itu jelas menunjukkan ‘how our society really needs help combating gender bias’,” katanya.

 

Baru-baru ini nama Dyana Sofya menjadi bualan hangat masyarakat berikutan penglibatannya sebagai model dalam sebuah majalah sempena Hari Wanita Sedunia. Beliau dikatakan sanggup menjadi ‘model atas katil’ semata-mata mahu mendapatkan dana.

 

“Hanya mereka yang berfikiran kotor dan kolot sahaja akan menyangkakan gambar di kamar tidur sebagai tidak elok. Kempen ‘Wake Up To A Good Cause’ tersebut diadakan untuk mengumpul dana dan memberi sokongan kepada Women’s Aid Organisation, satu NGO yang mempunyai visi untuk mewujudkan masyarakat yang bebas dari keganasan terhadap wanita.

 

“Tiada apa yang salah dengan foto-foto wanita yang terlibat dalam kempen baik ini. Semuanya ‘decent’ dan sama dengan iklan-iklan harian yang lain. ‘If you think it is suggestive, something wrong with you. Not the photos.’

 

“Saya percaya kepada ‘fair fight’. Saya berharap supaya semua wanita tidak kira terlibat dalam politik atau tidak, turut serta dalam usaha untuk memperjuangkan hak wanita, memperkasakan wanita dan bukannya menjatuhkan satu sama lain.

 

“Neutralising a misoginistic society is something that we all have to take part in,” katanya.

 

Gambar Dyana yang lengkap mengenakan baju tidur sebagai model dalam sebuah majalah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia baru-baru ini. - mDGambar Dyana yang lengkap mengenakan baju tidur sebagai model dalam sebuah majalah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia baru-baru ini.

 

Tambahnya, Dyana berharap masyarakat berhenti menggalakkan ‘unfair treatment’ kepada golongan wanita dan akhirnya menjadikan wanita sebagai mangsa. Dokumentari India’s Daughter adalah satu contoh terbaik dan beliau yakin tidak siapa mahu mempunyai rakyat sedemikian.

 

“So, let’s fight the good fight. Our sisters and daughters are counting on us us for a better and conducive environment and future for all of us to live in,” katanya.

 

 

Wanita Bekerjasama Menerusi UMNO

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin - mDKetua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin – mDBagi Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, menyentuh soal tembok perbezaan ideologi di dalam parti yang berlainan untuk bekerjasama bersama-sama memartabatkan golongan wanita di mata dunia.

 

“Bahawa sesungguhnya saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa pun juga, tidak kira parti apa atau fahaman tetapi persoalannya, mampukah ahli parti dan fahaman berbeza tersebut untuk bekerjasama dengan orang dalam kalangan ahli UMNO?,” katanya.

 

Jelasnya, Malaysia kini sedang berada dalam trek membina tamadun negara pasca fasa pertama selepas merdeka.

 

“Selepas 58 tahun usia kemerdekaan negara ini, jika dikaji dan dibuat analisis, pembangunan tamadun negara baru hendak bermula. Bolehkah kita namakan tokoh yang mampu membina sebuah negara merdeka selepas dijajah hampir 450 tahun lamanya sekelip mata?

 

“Titik tolak di sini, mungkin parti kita berbeza tetapi mungkin boleh bersatu di dalam pemikiran, fahaman dan idealisme. Ini adalah untuk mengumpulkan mekanisme pandangan kemudiaannya disatukan.

 

“Saya mungkin tidak bersetuju dengan mereka dan mereka juga mungkin tidak bersetuju dengan saya tetapi melalui segmen diskusi, bersolusi dan berkomunikasi dua hala mungkin kita mampu mendapatkan titik persamaan.

 

“Kita boleh bekerjasama untuk meningkatkan martabat wanita di mata dunia. Namun begitu, mampukah kita menolak kemungkinan berlakunya pemutaran fakta, pemikiran dan persepsi yang menyebabkan rakyat dalam negara keliru dan ragu-ragu.

 

“Saya amat gusar dengan penggunaan media sosial hari ini yang turut sama telah menggugat keharmonian dan menjadikan wanita sebagai bahan penyebaran fitnah. Oleh sebab itu, kita perlu bersatu hati apabila bercakap dan menyentuh soal kepentingan wanita ini,” katanya kepada Malaysian Digest.

 

Ditanya mengenai kurangnya peluang dan ruang yang diberikan UMNO terhadap golongan wanita dalam bersuara sehingga terjadinya sejarah pemecatan Khatijah Sidek daripada UMNO kerana terlalu lantang menyuarakan hak wanita, jelas Mas Ermieyati:

 

“Pucuk pimpinan UMNO telah melakukan perubahan demi perubahan demi memantapkan peranan wanita di dalam UMNO sejak dulu. Dulu tiada Puteri UMNO sebagai sayap UMNO.

 

Gerakan wanita yang memperjuangkan isu kebajikan dan gender suatu ketika dahulu - mD

“Wanita berperanan amat besar di dalam memperjuangkan dan menyusun strategi untuk memenangkan UMNO. Sehingga kini peranan UMNO disegani lawan dan taulan sama ada dalam dan luar negara.

 

“Berkaitan sejarah Khatijah, beliau lantang memperjuangkan hak wanita. Dengan kelantangan tersebut tidak hairanlah beliau pernah menjadi pembangkang ketika zaman itu.

 

“Beliau pernah menjadi Ketua Kaum Ibu PAS di era 1950an dan pernah menjadi Ahli Parlimen PAS yang pertama dalam kalangan wanita setelah menang di Dungun, Terengganu.

 

“Saya tidak mahu menuduh Khatijah derhaka kepada UMNO. Itu pilihan yang beliau rasakan sesuai ketika zamannya dan mungkin itu pencetus serta pemangkin wanita yang dinanti-nantikan oleh setiap wanita yang mahu sama-sama berjasa.

 

“Jika Ibu Khatijah masih hidup, boleh jadi saya antara generasi wanita muda yang mahu bertemunya. Saya berpendapat jika Khatijah sabar dan ampuh dengan prinsipnya, ia kekal memperjuangkan hak wanita yang perlu diberikan keutamaan.

 

“Kami juga gembira kerana akhirnya Khatijah memilih UMNO di dalam perjuangannya,” katanya.

 

Mas Ermieyati percaya perjalanan dan senario politik zaman ini telah berubah dan tiada lagi peranan wanita dianak tirikan oleh kepimpinan tertinggi UMNO. Sejak kewujudan Pergerakan Puteri UMNO telah melahirkan ramai pelapis di peringkat akar umbi, cawangan, bahagian, negeri dan pusat.

 

Puteri UMNO yang menjadi sayap kanan parti tersebut - mDPuteri UMNO yang menjadi sayap kanan parti tersebut – mDPergerakan Puteri UMNO tidaklah selantang perjuangan Khatijah tetapi ia telah membentangkan satu hamparan dan wadah yang baik buat generasi muda hari ini. Zaman telah berubah dan mentaliti kepimpinan juga telah berubah.

 

Pendidikan yang ketika dulu dipolopori kaum lelaki, kini dinikmati wanita. Kepimpinan lelaki tetap menjadi pilihan utama kerana segagah mana peranan wanita, ianya bertanggungjawab menggalas amanah untuk sama-sama berjuang di arena politik tanah air.

 

Ditanya mengenai apakah perasaan beliau apabila wujudnya label ‘pelacur politik’ yang sering diberikan terhadap ahli politik atau aktivis wanita berhaluan kiri, tegas Mas Ermieyati :

 

“Pelacur merupakan satu gelaran yang sangat tidak baik sekali dalam menyamakan peranan mereka dalam apa juga bidang. Perkataan itu amat menyedihkan bagi saya sebagai seorang wanita.

 

“Tidak kisahlah gelaran tersebut diberikan kepada mereka yang berhaluan kiri. Sudah tentu sekali ia mengguris hati saya kerana itu merupakan satu pekerjaan yang menzalimi diri sendiri.

 

“Tidak siapa mahu bergelar pelacur dan menjual maruah diri demi mencari sesuap nasi atau merujuk kepada sejarah silamnya. Walau apa juga perbuatan pejuang wanita berhaluan kiri, menamakan mereka sebagai ‘pelacur politik’ amat menyedihkan.

 

“Lebih elok jika menamakan mereka sebagai ‘pemikir berhaluan kiri’. Jika kita berpandangan ada nama lain yang sesuai, gunakan nama tersebut. Rakyat memilih kita agar dapat menyampaikan wadah perjuangan.

 

“Label sebegini boleh membuatkan masyarakat lebih membenci kita dari menerima kita. Wanita perlu mempertahankan hak wanita walaupun berlainan fahaman, ideologi politik dan sebagainya dari digelar nama yang tidak baik,” katanya.

 

Terdapat empat faktor yang berkemungkinan mempengaruhi keterlibatan ahli politik wanita di dalam arena politik iaitu naif dalam memahami situasi politik tanahair, mahu mencapai populariti dalam masa yang singkat, buta sejarah dan mudah percaya dengan pujukan.

 

Pengerusi Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Sity Daud berpandangan kesemua empat faktor ini adalah faktor tidak langsung yang mempengaruhi keterlibatan politik wanita dan bersandarkan fahaman lama tentang wanita.

 

Pengerusi Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Sity Daud  - mD

“Wanita dalam politik masih dilihat sebagai aktor sampingan yang dikaitkan dengan ruang domestik manakala lelaki lebih menjurus ke arah ruang awam.

 

“Politik yang masih dianggap ruang awam lebih mesra lelaki berbanding wanita. Nilai agama dan budaya timur turut membataskan penglibatan politik wanita. Mereka tidak juga naif kerana ada yang melihat peluang mereka.

 

“Tidak ramai yang mendapat keistimewaan ini. Malah, sejarah pada tahap lulus peperiksaan tidak membekas di hati ramai rakyat Malaysia, bukan wanita saja.

 

“Inilah realiti kehidupan bernegara yang kita semua harus terima dan faham. Mudah percaya dengan pujukan nampaknnya macam benar tetapi tidak adil bagi kita menuduh wanita sahaja. Ada wanita yang berpendirian tegas dalam segala hal dalam mempertahankan hak mereka,” katanya.

 

Tambahnya, tahap penyertaan politik wanita tidak terhad kepada empat faktor ini. Faktor yang lebih penting adalah seperti umur, kerjaya, keluarga dan masyarakat.

 

Pertama, wanita berumur lebih cenderung terlibat politik kerana tidak perlu lagi menguruskan keluarga berbanding mereka yang lebih muda.

 

Kedua, wanita bekerja juga mempunyai masa terhadap untuk terlibat aktif. Sebilangan besar wanita bekerjaya lebih mengutamakan pekerjaan yang dapat menjamin masa depan mereka dan keluarga masing-masing.

 

Ketiga, dorongan keluarga terutama suami bagi yang telah berumahtangga sangat penting dalam tahap penglibatan politik manakala keempat, penerimaan masyarakat terhadap keterlibatan politik wanita juga sangat mempengaruhi mobiliti politik mereka.

 

Diskriminasi gender masih menebal dalam masyarakat kita dimana wanita tidak dianggap sama taraf dengan keupayaan seseorang lelaki dalam politik.

 

“Apakah mereka faham kenapa mereka terlibat dalam politik dan apakah sumbangan mereka? Kalau setakat memenuhkan koata itu sangat malang kerana ada banyak lagi peluang untuk golongan wanita memajukan diri mereka dan masyarakat di luar sana.

 

“Daya ketahanan wanita juga dapat menjadi pencetus kepada perkembangan dinamik ketokohan wanita dalam pelbagai bidang. Semua orang boleh menjadi agen perubahan di mana saja mereka berada tidak semestinya dalam politik.

 

“Kepimpinan dan pengaruh mereka boleh dimanfaatkan untuk bidang yang memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi dalam bidang sosial seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi dan penjagaan alam sekitar yang semuanya boleh bermula dari rumah.” katanya.

 

Diskriminasi yang sering terjadi terhadap golongan wanita - mDDiskriminasi yang sering terjadi terhadap golongan wanita – mDMenyentuh isu adakah rakyat Malaysia mempunyai definasi berbeza mengenai perjuangan seseorang ahli politik dan aktivis wanita di dalam sesebuah parti politik tersebut sama ada di barisan pembangkang atau kerajaan, Dr Sity menyatakan sama ada haluan kanan atau kiri, faktor ini tidak dominan.

 

“Pemimpin wanita yang awal juga ramai yang vokal walau tidak jelas mereka berhaluan kiri tetapi tetap diterima baik masyarakat. Cuma, situasi dalam UMNO agak berbeza kerana sayap wanita itu dianggap sebagai pelengkap, bukan tunggak utama dalam perjuangan politik.

 

“Sebenarnya, isu-isu yang dibawa oleh golongan wanita dalam UMNO memang relevan dan penting sehingga boleh diangkat sebagai agenda nasional seperti pendidikan, perlindungan sosial, keselamatan, keadilan sosial dan peluang kerjaya.

 

“Peluang untuk wanita menonjol dalam UMNO dan parti-parti pembangkang tidak sama tetapi terpulang kepada individu untuk menaikkan nama mereka ke tahap yang lebih berpengaruh dalam dan luar parti. Jangan sempitkan minda kita dalam dunia tanpa sempadan ini.

 

“Keluar dari kepompong gender dan masuk ke dunia nyata yang mula berubah dan memandang tinggi perjuangan universal tetapi beracuankan jati diri Malaysia. Perjuangan yang bersandarkan kepada nilai-nilai kemanusiaan, kekeluargaan, keadilan sosial pastinya mendapat tempat di hati penyokong politik,” katanya.

 

Jelasnya, golongan wanita yang melibatkan diri dalam arena politik haruslah lebih terbuka dalam bersama memartabatkan hak serta suara wanita di mata dunia. Perbezaan ideologi dalam parti politik bukanlah isu utama kerana ia sekadar ideologi kalau hendak dibandingkan dengan penindasan dilakukan oleh golongan patriarki sejak dulu lagi.

 

Jangan kerana keterbatasan dalam tembok pemikiran, golongan wanita di Malaysia terus menjadi kelas kedua dalam pelbagai sektor. – MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.