Pemain Croatia Tambahan bBharu T-Team

Kuala Terengganu – Kelab T-Team telah mengikat pemain tengah dari Croatia, Josip Milarovic, untuk melengkapkan kuota empat pemain import dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

 

Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain itu dijangka membuat penampilan sulung bersama pasukan pada perlawanan Liga Super menentang Sabah pada 3 April ini.

 

Tiga pemain import T-Team yang sedia ada ialah Faramola David Omiya dari Nigeria dan dua pemain Uzbekistan, Sadriddin Abdullaev dan Farhod Tadjiev.

 

“T-Team juga juga akan mengambil tiga pemain tempatan bagi memantapkan pasukan apabila jendela perpindahan permain dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bulan depan,” katanya hari ini.

 

Beliau berkata tiga pemain baharu itu akan mengisi bahagian pertahanan, tengah dan jentera serangan yang dilihat kurang menyerlah.

 

“Fokus utama kita akan berikan kepada pemain-pemain anak Terengganu yang berada di luar untuk kembali berkhidmat di negeri sendiri,” katanya.

 

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain yang sedang dalam perhatian T-Team kerana mahu menunggu sehingga urusan perpindahan pemain itu selesai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.