Najib Terima Kunjungan Hormat Menter-menteri Kewangan Asean

Putrajaya – Menteri-menteri kewangan dan gabenor-gabenor bank pusat ASEAN pada Jumaat mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri, di bangunan Perdana Putra di sini.

 

Menteri-menteri dan gabenor-gabenor itu yang diiringi Timbalan Setiausaha Agung ASEAN Dr Lim Hong Hin, turut bergambar beramai-ramai dengan perdana menteri bersempena kunjungan itu.

 

Yang turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Aktar Aziz.

 

Para menteri dan gabenor bank pusat itu dijadual menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN ke-19 (AFMM) dan Mesyuarat Bersama yang pertama Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor-gabenor Bank Pusat ASEAN bermula Jumaat.

 

Mesyuarat ini yang membawa tema ‘Rakyat Kita, Komuniti Kita, Visi Kita’, dijangka memberi fokus kepada mempertingkatkan usaha ke arah merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang akhir tahun ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.