Lima Mayat Bayi Ditemui Dalam Beg Penyejuk

Paris – Polis menemui empat mayat bayi dalam pendingin beku di sebuah rumah di selatan Perancis selepas seorang lelaki melaporkan penemuan mayat bayi dalam beg penyejuk di rumah keluarganya, menurut sumber polis.

 

Polis menggeledah rumah berkenaan yang terletak di Louchats, berhampiran Bordeaux, petang semalam selepas lelaki berkenaan melaporkan beliau menemui mayat seorang bayi di kediamannya.

 

Lelaki berusia 40 tahun itu memberitahu polis bahawa beliau tidak tahu sama ada isteri beliau mengandung.

 

Lelaki itu dikatakan “benar-benar rasa tertekan” atas kejadian ini.

 

Wanita berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital dan akan menjalani pemeriksaan perubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.