Lana Nordin Umum Tarikh Kahwin Minggu Depan

Aktres kontroversi Lana Nodin akan mengumumkan mengenai majlis perkahwinannya pada 25 Mac ini.

 

Berita itu disampaikan sendiri oleh pelakon yang mendapat jolokan sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’ ini. Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

 

Bagaimanapun Lana enggan mendedahkan secara terperinci majlis berkenaan kerana mahu mendedahkan segala kejutan itu pada tarikh berkenaan.

 

“Datang saja sidang media itu nanti, saya akan jelaskan segala-galanya,” katanya ringkas.

 

Lana sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan lelaki mat salih selain golongan VIP dan pelakon seperti Johan As’ari. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.